Keyakinan Terhadap Pasukan Kelantan

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, June 13, 2012 0 comments
Kesempatan dan ruang masa yang diberikan kepada saya telah membolehkan saya pulang ke kampung halaman untuk melepaskan rindu pada keluarga dan negeri tercinta disamping pulang untuk menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Kelantan melawan Kedah.Kesempatan berada di Kota Bharu juga membolehkan saya bertemu dengan boy,seorang remaja yang begitu meminati sukan bolasepak Kelantan tanpa mahu menyusahkan pihak lain.Masihkah anda ingat dengan beliau?

" Terima Kasih bey blanjo makey...Kali ppetamo makey sini nih..."jelas boy.

Pada kali ini saya bertemu dengan beliau di The Red Warriors Station untuk mengetahui perkembangan beliau setelah pulang dari Kuala Lumpur setelah menyaksikan kejayaan bersejarah Kelantan memenangi Piala FA 2012 dengan menewaskan Sime Darby FC.

" Kenangey manis di Bukit Jalil maso meney pialo fa baru ni ingat pah loni bey...meriah molek set klate kito gi menuh stadium Bukit Jalil...memey full molek ah...."ujar beliau.

Pada masa saya bertemu dengan boy,beliau kelihatan bersemangat bercerita tentang kemeriahan penyokong Kelantan yang datang dari segenap pelusuk negara ke stadium Bukit Jalil bagi memeriahkan suasana perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.

" maso duk dale stadium,penyokong kelate kito seolah takdok doh identiti sorakan "gomo kelate gomo" supo final tahun2 lepah.loni pakat duk sorok guno vuvuzela..gendey pom jadi bunyi slow...sakit tlingo molek.....lepah habis bola duk dale kreto hr tu pun dengung lagi tlingo....bendo tu dok leh ko kalu diharamkan wat masuk stadium bey..?"

Apa yang diperkatakan oleh beliau ada asasnya.Saya sendiri menjadi tidak selesa dengan tiupan vuvuzela yang dilihat banyak keburukan dari kebaikan.Bunyi nyaring yang dihasilkan oleh vuvuzela ini begitu membingitkan telinga.Tiada lagi kedengaran sorakan " gomo kelate gomo " seperti tahun-tahun sudah.Apa yang pasti,penggunaan vuvuzela ini haruslah diharamkan digunakan di dalam stadium kerana ianya jelas mengganggu rentak sorakan penyokong dalam usaha memberi semangat kepada pemain pasukan.Lontaran sorakan semangat tidak kedengaran sebaliknya yang jelas kedengaran adalah kebingitan bunyi tiupan vuvuzela.

Semasa berada di cafe,banyak perkara ditanya kepada boy.Akan tetapi,hanya perkara berkaitan dengan bolasepak sahaja yang akan di tulis oleh saya.Di tanya pula kepada boy,adakah beliau yakin Kelantan mampu menewaskan Kedah pada 16 Jun ini untuk terus merangkul 3 mata penuh bagi mengekalkan kejuaraan Liga Super,boy ada jawapannya.

" kito yakin bey...kelate bulih meney...kelate sentiasa bulih....16hb ni kelate akey menewaskan Kedah di stadium keramat kito.kito layok gi final piala fa pun kito singkirkan kedah seri 2-2 walaupun kito keno tinggal 2-0.....tp,tektik bojan ni memey hebat lah..Piala FA kito amik doh....loni kito amik piala liga super la skali lagi....dok mustahil kelate akey jd juara buat kali kedua liga super nih...."ujar boy dengan penuh keyakinan.

Semoga,semangat membara yang ada pada diri boy ini tidak akan padam sebelum berjuang.Semangat seorang warriors ini sememangnya diperlukan oleh pasukan dalam usaha untuk memenangi perlawanan.Keyakinan yang ada pada diri boy ini juga seharusnya ada dalam setiap diri penyokong pasukan Kelantan untuk sekali lagi melihat Kelantan berjaya dalam arena bolasepak tanah air.Pada 16hb ini juga,diharapkan keyakinan yang diperkatakan oleh boy itu akan menjadi suatu yang realiti dan bukannya hanya fantasi di alam lamunan.Kepada boy,selamat maju jaya,teruskan usaha anda untuk menjadi pemain ke-12 Kelantan...The 12th Warriors...!!!

0 comments:

Post a Comment