PIALA AFC 2012 : Kelantan Akan Bertemu Kelab Iraq ( ARBIL FC )

Posted by The12thWarriors Team On Thursday, June 14, 2012 0 comments

Terjawab sudah teka-teki siapa yang akan bertemu Kelantan dan harus Kelantan bertemu bagi saingan Piala AFC peringkat suku akhir.Undian yang dijalankan sebentar tadi di Rumah AFC telah memberikan lawan masing-masing kepada 8 pasukan yang bertanding.

Keresahan dan ketidaksabaran penyokong-penyokong Kelantan untuk mengetahui pasukan manakah yang bakal menjadi lawan Kelantan akhirnya terjawab sudah sebentar tadi.Dalam undian tadi,Kelantan telah diundi untuk bertemu dengan sebuah pasukan dari Iraq iaitu ARBIL FC.Kelantan akan terlebih dahulu bermain di gelanggang lawan pada 18 september 2012 sebelum kembali beraksi di gelanggang sendiri bagi aksi timbal balik di Kota Bharu pada 24 september 2012.

Pasukan yang diberi jolokan Yellow Castle ini telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan berpangkalan di Iraq.Jika pasukan Kelantan bermain di Stadium Sultan Muhammad IV,mereka sebaliknya akan bermain di Stadium Franso Hariri yang terletak di bandar Erbil.

Diharapkan pertemuan kedua-dua pasukan ini pada bulan september nanti,ianya akan memberikan aksi yang menarik untuk ditonton oleh penyokong kedua-dua pasukan.Tempoh perlawanan sebenar yang masih lagi panjang dilihat memberikan peluang kepada kedua-dua pasukan untuk memperbaiki kelemahan dan mengkaji kemampuan dan kelemahan lawan untuk memberi aksi perlawanan yang bermutu dan terbaik.

Petikan dari FB Tan Sri Annuar Musa :

" Aduh TRW KENA LAWAN IRAQ(ARBIL FC)....BERAT TUH..."

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment