LIGA SUPER 2012 : Kuala Lumpur lawan Kelantan

Posted by The12thWarriors Team On Monday, June 18, 2012 0 comments
Perlawanan liga super 2012 diteruskan lagi pada malam ini.Pada malam ini,bagi peminat bolasepak Kelantan pastinya akan lebih terarah kepada perlawanan diantara Kuala Lumpur menentang Kelantan.

Perlawanan yang pada asalnya akan berlangsung di Stadium Hang Jebat di Melaka telah diubah gelanggang pertandingan ke Stadium Sultan Muhammad IV setelah pihak Kuala Lumpur FA membuat permohonan rasmi untuk menjadi tuan rumah di Kota Bharu.Keadaan ini dilihat memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan yang terpaksa bermain sebagai pasukan pelawat digelanggang keramat sendiri.

Justeru itu,pihak kami menyeru semua penyokong untuk sama-sama memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV sepertimana semasa perlawanan dengan Kedah tempohari untuk memberi semangat kepada pemain dan menyokong pasukan kesayangan kita.Semoga kemenangan akan dimiliki oleh Kelantan Darul Naim.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment