PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA 2012 : KELANTAN FA (TRW) vs QUEENS PARK RANGERS

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, June 19, 2012 0 comments
Umum sudah mengetahui,pada 20 Julai 2012,Kelantan akan bertemu dengan sebuah kelab dari English Premier League (EPL) untuk aksi perlawanan persahabatan antarabangsa 2012.Aksi perlawanan ini telah diumumkan sendiri oleh Yang Berbahagia Tan Sri Annuar Musa melalui laman rasmi facebook beliau.

Menurut TSAM,persetujuan antara kedua-dua belah pihak telah berjaya dicapai untuk mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak ini di antara pasukan The Red Warriors menentang Queens Park Rangers yang akan diadakan di Kuala Lumpur.Stadium bagi pertembungan kedua-dua pasukan ini mengikut facebook TSAM ianya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.Harga tiket perlawanan ini bermula dari RM40.00 untuk tempat duduk biasa dan bagi tempat duduk astaka dan vip ianya akan diumumkan kemudian nanti.

Menurutnya lagi,bagi mereka yang membeli tiket perlawanan,mereka boleh melihat sendiri sesi latihan pasukan QPR di Stadium Sultan Muhammad IV secara percuma.Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2012 di SNBJ iaitu sebaik sahaja tamat saingan Liga Super Malaysia dan sebelum bermulanya puasa bagi umat islam.Pada perlawanan ini juga,sepakmula perlawanan dijangka akan dimulakan pada jam 9.15 malam tidak seperti kebiasaan kerana ingin memberi peluang kepada penyokong yang hadir bagi menunaikan solat isyak dan terawih terlebih dahulu yang telah diatur di perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil.

Kesempatan dan peluang yang ada untuk menyaksikan sendiri kelab dari EPL ini beraksi menentang pasukan Kelantan seharusnya tidak dipersiakan oleh seluruh penonton,penyokong,pendukung dan peminat setia pasukan Kelantan The Red Warriors.Kehadiran pasukan QPR ini dilihat lebih kearah untuk meningkatkan permainan dan mutu perlawanan kedua-dua pasukan bagi menghadapi aksi saingan seterusnya serta menjalin kerjasama antara kedua-dua kelab ini.

Semoga perlawanan yang akan diadakan ini akan lebih memberi pengalaman yang berharga buat pasukan Kelantan dan penyokongnya.Terima Kasih diucapkan kepada TSAM kerana telah berusaha untuk membawakan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa ini buat rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment