CERITERA : " Burger...burger, Air...Air... Kacey...kacey"

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, June 20, 2012 0 comments
PART 1

“Pah ni lawe gedio pulok? Lawey Saboh ko? Mesti ramai pulok…. Set kito mesti nok kelih Kelate bubuh gol banyok”. Sungguh ikhlas luahan kata-kata budak itu seraya mengesat peluh di dahinya. “Bakpo mung oyat gitunya?” lelaki setengah umur itu cuba menduganya. “ Ngan lions arituh keno semiley butir, tokkey lion hok kalah 2 kali ko kito biso padey kito.” Dia melontarkan jawapan dengan penuh keyakinan. Lelaki itu tersenyum kelat sambil menyedut rokoknya yang kian ke penghujung.

“Lawe ngan Sabah nih oghe nok tolong Ayoh Mat lagi, periksa UPSR pun lambat agi, Ayoh Mat oyatlah ko Ma, klu tidok dio toksir wi”. Lelaki yang dipanggil Ayah Mat itu hanya mengangguk lemah. Tidak tentu sama ada benar-benar ikhlas bersetuju dengan cadangan yang diutarakan sebentar tadi. “Nok tolong aku jual pun mung keno carro jugok ko pelajarey mung, tuh maso depey mung, Kudin”. Kanak-kanak yang bernama Kudin itu merenung mata lelaki yang merupakan bapa saudaranya itu. Seolah memberitahu yang dia tidak akan mengsia-siakan harapan bapa saudaranya itu. “ Mung wak gedio pitih gaji aku wi ko mung tuh?” sat dok boros sangat”. “ Hehhehehe, adolah”.

Setiap hari bila ada perlawanan yang melibatkan pasukan redwarriors, kelibat 2 beranak ini pasti akan kelihatan di Stadium Keramat Sultan Muhammad ke 4. Ramai yang salah sangka mengatakan mereka adalah anak dan ayah. Pun begitu hakikatnya tidak demikian. Kudin merupakan anak saudara kepada Mat Sejuk. Anak kepada arwah abang kandungnya. Satu-satu abangnya yang meninggal akibat kemalangan jalanraya. Kudin kini berusia 12 tahun, tinggal bersama ibunya, seorang ustazah pusat asuhan kanak-kanak. Bukan orang asal Kelantan, tapi mengambil keputusan untuk terus menetap di tanah serendah sekebun bunga ini selepas kematian suaminya. Asalnya untuk tidak mahu lihat pelajaran kakak dan abang Kudin terganggu, kemudianya memikirkan rezekinya dan anak-anak seperti telah ditetapkan di sini, maka dia mengambil keputusan nekad untuk terus tinggal di sini.
Mat Sejuk masih belum mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujangnya.

Walaupun kadang merah juga cuping telinga dek sindiran rakan-rakan, namun dia punya alasannya yang tersendiri. Tentang apa jua alasannya biarlah dia sendiri yang menanggungnya.
Minatnya terlalu mendalam terhadap bolasepak negerinya namun pada awalnya sedikit terbatas atas faktor kekangan kewangan. Dan di atas faktor itulah dia mengambil keputusan untuk menjadi penjaja dalam stadium. Sambil menyelam sambil minum air. Ternyata keputusan yang diambilnya ini benar-benar mendatangkan kepuasan bagi dirinya. Lama-kelamaan dia semakin komited dengan kerjayanya itu. Walaupun sekarang dia telah mempunyai kerja tetap sebagai juru elektrik, namum pekerjaan pada hari perlawanan ini pasti tidak boleh dilepaskan. Lagipun dia telah sebati dengan pekerjaan ini. Dari awal remaja menjadi penjaja bekerja untuk orang lain sehinggalah kini dia mampu mengendalikan semua sendiri. Pun begitu dia masih senang menjaja dari duduk menjadi bos, sambil menyaksikan bola, boleh juga melihat gelagat penonton atau penyokong. Kini dia juga ada faktor lain, anak saudara kesayangannya Kudin.

“Ayah Mat, oghe segho serupo saloh jah….”. “Bakponya?” Sedikit terganggu dengan ungkapan anak saudaranya sebentar tadi. “ Kito segho serupo subahat jah ngan set mekong, ho lar.. sebab kito juallah set dio bulih mekong, botol air mineral, gelas plastik… hok kito jual belako tuh set dio wak mekong”. Kelu dia mendengar ulasan anak saudaranya itu.

Dia memahami dilema yang dihadapi Kudin, namun dia lebih terpegun dengan keupayaan anak kecil itu untuk memikirkan perkara sebegini. Lama dia dia tidak bersuara, memikirkan tentang jawapan terbaik untuk diberikan kepada anak saudaranya itu. Ruang berfikir yang diambilnya ini di teruskan Kudin dengan asakan selanjutnya, “ Oghe oyat, pasukan kelate keno dendo kes mekong nih, berpuluh ribu Ayah Mat, tok padey ngan rego gelas plastik kito”. “Kalu kito bereti jual pok dio toklih nok Mekong doh.....

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment