PIALA AFC 2012 : Siapa Lawan Kelantan ?

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, June 13, 2012 0 comments
Undian bagi perlawanan saingan Piala AFC bagi peringkat suku akhir akan diadakan pada hari ini.Pastinya ramai penyokong-penyokong pasukan Kelantan ternanti-nantikan keputusan undian pasukan yang mana akan dan harus ditentang oleh Kelantan untuk layak ke peringkat seterusnya.

Undian yang akan dijalankan ini melibatkan 8 pasukan yang telah berjaya mengharungi perlawanan di peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati.Di antara 8 pasukan yang telah layak ke peringkat suku akhir ini,Kelantan adalah salah satu pasukan yang layak dan mewakili Malaysia pada peringkat suku akhir nanti.

Kejayaan pasukan Kelantan yang layak buat pertama kali ke kancah saingan Piala AFC ini sememangnya amat membanggakan kerana penyertaan kali pertama ini telah membolehkan Kelantan menjejakkan kaki di peringkat suku akhir.


Bagi undian yang akan dijalankan hari ini,ianya akan berlangsung di Ibu Pejabat AFC atau lebih dikenali sebagai Rumah AFC yang terletak di Bukit Jalil.Apa yang menjadi harapan kita semua,adalah diharapkan Kelantan mampu menewaskan lawan di peringkat suku akhir yang akan dilangsungkan secara timbal balik pada bulan september ini dan seterusnya layak ke peringkat separuh akhir saingan Piala AFC 2012.

Marilah kita sama-sama berdoa agar pasukan Kelantan dapat meneruskan saingan ke peringkat lebih tinggi dalam saingan Piala AFC 2012 bagi mencipta satu sejarah baru buat bolasepak Kelantan dan juga Malaysia.Marilah kita semua berganding bahu bekerjasama untuk menjayakan misi dan cita-cita kita dalam saingan Piala AFC 2012.Kepada anda semua " The 12th Warriors " selamat maju jaya kami ucapkan.Tingkatkan disiplin diri demi manjaga nama baik negeri Kelantan Darul Naim.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment