Bermotosikal Dari Kota Bharu ke Bukit Jalil : Kisah Piala FA 2011

Posted by The12thWarriors Team On Thursday, January 5, 2012 0 comments
Kisah ini dipaparkan untuk bacaan umum,untuk di kongsi bersama sempena Piala Sumbangsih 2012.Semoga semangat anak muda ini akan terus berada dalam dirinya demi negeri Kelantan yang tercinta.Ikuti ceritanya.

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penyokong TRW apabila melihat pasukan kesayangannya tewas di tangan pasukan lawan,sudahlah kalah,pemain dan pasukan pula dihina,bertambahlah kepiluan dan kesedihan.

Begitulah yang dirasakan oleh salah seorang penyokong TRW, Mr. Boy,17, ketika hampir meraikan kejayaan bersejarah,semangat membara beliau tiba-tiba sahaja direntap oleh sorakan penyokong pasukan lawan yang menjerit meraikan gol penyamaan pada minit² akhir perlawanan,pada masa tambahan.

Dalam linangan air mata, Mr. Boy yang ditemui oleh wakil The 12th Warriors, Mr. X, di Stadium Bukit Jalil sejurus tamat perlawanan semalam,turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila segelintir penyokong TRW bertindak di luar batasan dengan membaling mercun dan bunga api ke dalam padang sehingga hampir² memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada pasukan lawan.

"masa game breti tuh,kito debar gilo²...takot teganu bleh meney percumo 3 - 0 boktey sek nyokong kito main bedil nga bungo api...mujur dok jadi gitu....kalu tidok,dok hau nok kato gapo lagi la....penyokong kito sememangnya fanatik,tapi,biarlah bertempat.."jelasnya.

Mr. Boy yang tidak berbaju ketika ditemui meminta izin untuk menghisap rokok sambil di temuramah.Sememangnya terpancar wajah kekecewaan di wajah Mr. Boy.Malah, beliau juga hanya mampu menjawab kebanyakan soalan yang diajukan dengan anggukan kepala dan gelengan kepala sahaja.

"Sememangnya kito sedih sangat² bey,nipu la kalu kito kato dok sedih,mato kito pom meroh ni bey,kito dok malu sikit habuk pom jerit male nih,kito mari dari Kota Bharu,naik mutor EX5,berdua,bas penuh blakow,last skali,pakat nga saing,naik motor jah ke bukit jalil,tapi,keputusan malam ini,tidak berpihak kepada kelantan,kito trima dengan hati yang terbuko walaupon hakikatnyo amat payoh nok teley huk pahit nih,trimo je laahh;jelas Mr. Boy.

Semangat membara yang ditunjukkan oleh Mr. Boy ini telah membangkitkan juga semangat penulis,semasa sesi temuramah ini berlangsung,Mr. Boy berkata " abe,gambar kito jange diupload des,jange siarkan gbr kito,kito cayo ko abe jah nih,tulis namo kito x po dos,ni namo pesbuk kito, Mxxxxx Dxxxx ( jangan letok jugok bey ); ujar Mr. Boy.

Pihak The 12th Warriors menghormati permintaan Mr. Boy yang selepas perlawanan,akan bergerak ke Masjid berdekatan untuk berteduh kerana tiada saudara mara atau rakan taulan untuk menumpang berteduh selepas perlawanan.Pelawaan yang dibuat penulis untuk menumpangkan Mr. Boy dan rakannya di rumah penulis,di tolak secara baik olehnya.Buat Mr. Boy,teruskan perjuangan dan pengorbanan anda,anda terbaik,sentiasa menjadi The 12th Warriors TRW.gkg...!!!

0 comments:

Post a Comment