Mampukah kita mengekalkan Piala Sumbangsih?

Posted by SirRigala On Friday, January 6, 2012 0 comments
Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk sepak mula perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih bagi musim 2012 yang melibatkan Kelantan FA dan Negeri Sembilan FA.
   Bagi peminat sebenar kedua-dua buah pasukan, walaupun perlawanan kali ini ditetapkan tanpa sebarang hadiah pungutan mata, akan tetapi ianya cukup penting untuk menjadi ukuran dan tanda aras keupayaan kedua-dua pasukan, lebih2 lagi dengan adanya barisan pemain import yang kembali diperkenalkan dan mewarnani arena bolasepak negara pada musim ini.
   Merujuk kepada sejarah Piala Sumbangsih ini, ianya merupakan edisi yang ke 28 semenjak diperkenalkan pada tahun 1985. Pada asalnya ianya menemukan antara juara Piala Malaysia dan juara Piala FA. Kemudian bermula pada tahun 1999 ianya dirombak dan menjadi medan pembuka tirai menemukan juara Piala Malaysia dan juga juara Liga Super. Kelantan dianggap bertuah kerana penampilan pertama mereka pada tahun lepas selaku Juara Piala Malaysia telah membuahkan hasil dengan merangkul terus piala tersebut dengan menewaskan Selangor di halaman mereka sendiri dengan 2-0. Lawan mereka kali ini, Negeri Sembilan pula dilihat sukar untuk merangkul piala ini walaupun telah tampil 2 kali pada tahun 2004 dan 2010.
   Pun begitu kali ini pertembungan antara dua pasukan ini dilihat seimbang. Perlawanan yang ditukarkan dari venue asal SSMIV ke SNBJ juga dilihat tidak memberikan kelebihan untuk mana-mana pasukan. Tinggal lagi garapan dan tunjuk ajar Peter James Butler dan Azrai Khor dari segi tecnical&tactikal yang bakal menentukan siapa yang lebih berhak untuk menyandang gelaran juara perlawanan pembukai tirai ini.
   Kepada pemain kedua-dua pasukan, semoga anda semua dapat menyajikan mutu permainan dan semangat kesukanan yang tinggi. Kepada semua penyokong-penyokong setia kedua-dua pasukan, berikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Nyatakan segala sokongan berdasar laras dan landas yang ditetapkan.
   Akhir kata; majulah Bolasepak untuk negara.!!!!

0 comments:

Post a Comment