Masih belum sempurna

Posted by korokmung On Sunday, January 8, 2012 0 comments

Kesebelasan utama yang diturunkan pada perlawanan Piala Sumbangsih
~ kredit : Yusran Yusof


Kekalahan ditangan Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Sumbangsih sabtu lalu harus dijadikan pengajaran berguna untuk pasukan Kelantan.Status pasukan pilihan dan dibarisi ramai pemain bintang bukanlah jaminan selesa untuk kemenangan.Sikap memandang rendah keupayaan lawan telah menyaksikan kita terpaksa merelakan gelaran juara Piala Sumbangsih dirampas oleh Negeri Sembilan.Para penyokong setia telah mula melahirkan kerisauan rentetan dari kekalahann itu dengan melemparkan kritikan yang panas kepada pasukan.

Prestasi pemain import kini mula dipertikaikan setelah kelibat mereka dilihat gagal memberi impak yang besar untuk pasukan.Aksi longlai yang dipamerkan mereka kini tidak disenangi penyokong yang menyifatkan pemain tempatan lebih bagus berbanding pemain import yang dipilih dan mendesak agar pihak pengurusan melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Pengendali baru pasukan Kelantan,Peter James Butler tidak terkecuali apabila turut dikritik hebat panyokong yang dilihat masih gagal menemui ramuan terbaik untuk pasukan.Perubahan yang dilakukan Butler dengan menerapkan formasi 4-3-3 dilihat kurang berkesan apabila Kelantan gagal menghasilkan permainan yang bagus dan merbahaya.Perubahan itu juga turut menyaksikan ketua pasukan,Badri Radzi yang beraksi cemerlang pada musim lalu terpaksa berada di bangku simpanan.

Penyokong setia The Red Warrior kini mengharapkan Tan Sri Annuar Musa dapat melakukan sesuatu dengan segera agar dapat memperbaiki permasalah yang timbul menjelang sepak mula Liga Super selasa ini dimana Kelantan bakal bertemu pasukan Singapura ataupun Lions XII di Stadium Jalan Besar.Hanya kemenangan saja yang dapat meredakan keresahan dan menghentikan kritikan-kritikan dari penyokong yang selama ini telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan.

Diharapkan juga kekalahan yang dialami tempuhari menjadi pembakar semangat untuk pemain dan pengurusan untuk lebih bekerja keras lagi bagi menghadapi musim yang sangat mencabar ini.Segala kekecewaan harus dilupakan oleh pemain mahupun penyokong kerana perjuangan sebenar baru saja bermula.Misi kita masih belum musnah,masih banyak kejuaraan yang boleh kita kecapi.Insyallah dengan berkat doa seluruh penyokong kita mampu menggegarkan arena bola sepak tempatan biarpun bermula dengan hambar.Teruslah berada di belakang pasukan walau apapun yang terjadi..GOMO KELATE GOMO !!






0 comments:

Post a Comment