Semangat Seorang " Warriors ",Optimis Terhadap Pasukan Sendiri

Posted by The12thWarriors Team On Monday, May 7, 2012 3 comments
Piala FA 2012 akan menjelang tiba.Harga tiket yang diputuskan pada awal tahun bagi perlawanan akhir Piala FA adalah berharga RM40.00.Bagi sesetengah penyokong The Red Warriors,ianya tidak menjadi masalah.Apa yang ingin disampaikan pada kali ini adalah semangat juang,inisiatif,daya usaha sendiri yang dilakukan oleh Boy,remaja yang sanggup bermotosikal dari Kota Bharu ke Bukit Jalil semata-mata mahu menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2011.

Namun,pada kali ini,Boy yang telah tamat pengajian peringkat SPM 2011 sekali lagi mahu menghadirkan diri di perlawanan akhir Piala FA 2012.Setelah sekian lama menyepi,agak banyak untuk penulis menceritakan pengalaman yang di tempuhi oleh Boy untuk sampai ke tahap perlawanan akhir ini.Sempena Piala FA 2012,penulis ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang Boy.Semasa sedang bekerja,satu mesej singgah di telefon saya,ianya dari Boy.

" Assalamualaikum abe,nok tanyo,di KL ado ko kijo sementaro,Boy nok kijo sebab nok kupul pitih nok beli tiket final piala fa,kalu ado,boy naik KL male ni,tupey tidow umah abe." mesej boy.

Penulis agak terkejut juga apabila menerima sms sebegitu rupa.Penulis telah menawarkan satu tiket percuma untuk Boy namun di tolak dengan sebaiknya oleh beliau.

"Boy nok beli guno duit sdiri bey,biar raso berbaloi gi tengok bola bey,biar hasil dr diri sdiri,baru syok tgk bola,ejah la kijo,dop kiro la kijo di keda makey pom bulih"

Terharu tatkala membaca mesej dari Boy itu.Akhirnya,penulis dengan kerjasama rakan penulis yang mempunyai sebuah restoran di Bandar Baru Bangi telah bersetuju untuk memberi peluang kerja kepada Boy bagi membolehkan beliau membeli tiket final dengan duit hasil usahanya sendiri.

" Terima Kasih banyak2 bey...kalu abey dop tulong,dop hau la lagu mano.bukey dop say kijo di kelate,kalu kijo di kl,dekat dos nok gi tgk final...dok sabar nok gi bey..hehehe..."

Akhirnya,Boy bertolak datang ke KL.Subuh hari pada 7/5/2012,Boy tiba di Hentian Kajang.Untuk pengetahuan,Boy datangnya dari keluarga yang miskin.Impak dari kemiskinan keluarganya,Boy banyak disisihkan oleh rakan-rakannya yang hanya mementingkan duniawi.Penulis banyak menasihatkan Boy agar bersabar dengan ujian yang dilalui.Ketika ditanya kenapa Boy hendak bekerja sedangkan penulis boleh memberikannya satu tiket percuma kepadanya,lantas dia menjawab,

" Boy bukey dok say trimo bey,mok ayoh oyak doh,selagi bulih cari,cari la sdiri,ni pun boy guno duit huk boy kijo amik upah di pasar male wat beli tiket bas mari kolupo...mok ayoh boy bui kebenarey mr,sebab boy jual namo abe ".

" Boy nok cuba berdikari...kalu bulih dop say nyusah ko ore lain,termasuklah abey.....abe bagi tupey tdow rumoh pon dah cukup....abe n geng 12th Warriors abe telah banyak tulong Boy....dok hau nok balas gano.."

Mendengarkan jawapan dari Boy itu,telah membuatkan penulis mengubah topik perbualan.Nampak sedikit kesedihan dari raut wajah Boy.Topik bolasepak pula menjadi perbualan kami.Penulis bertanya kepada Boy,apakah Kelantan akan mempunyai peluang untuk merangkul Piala FA 2012.Piala yang telah dibuat baru untuk edisi kali ini bagi menggantikan piala yang lama.

" Boy yakin bey,kelate bulih meney,abe dok cayo,kito nati kelih la...Boy yakin sangat2..."

Jawapan semangat dari Boy terus diaju dengan soalan yang lain.Kenapa Boy yakin dengan jawapan Boy itu?.

" Boy yakin la bey...kito keno optimis dengan pasukey kito,keno yakin bulih.....insyaallah bulih bey...wat obak terlepas piala fa tahun lepas ko ganu..."

Itulah jawapan dari seorang warriors.Semoga,apa yang dilakukan oleh Boy ini dapat memberi sedikit semangat kepada rakan-rakan yang lain demi memperjuangkan masa depan bolasepak Kelantan.Banyak yang ingin penulis tulis disini,namun,hanya sedikit sahaja yang mampu dipaparkan.Semoga Boy akan terus menjadi pahlawanan ke 12 The Red Warriors,The 12th Warriors.Semangat yang ada pada anak muda ini wajar dicontohi.Walaupun beliau masih baru dalam dunia bolasepak jika hendak dibandingkan dengan penulis,semangatnya itu telah mengatasi segalanya.Hanya menunggu masa untuk beraksi.Malam ini ( 7/5/2012 ),Boy telah mula bekerja demi memenuhi cita-citanya untuk menyaksikan perlawanan akhir piala FA dengan hasil titik peluh sendiri,kepada Boy,selamat maju jaya.

3 comments:

The12thWarriors Team said...

Untuk makluman semua,Jika anda ingin mengenali boy dengan lebih mendalam...anda boleh mencari cerita2 yang lepas di dalam blog ini.....

Anonymous said...

kedai di bandar baru bangi date mane tu.... bulih g support2 jare2 make keda puak kito

Anonymous said...

admin, dio kijo mano kt bangi ni??
kawe nok g make tepat dio kijo..nok ajok blako saie2 kawe kt UKM ni g make denuh...
malu sero kawe dok leh tulong anok senegeri kawe..

Post a Comment