Terima Kasih Semua Pengunjung Blog The 12th Warriors..

Posted by The12thWarriors Team On Thursday, May 3, 2012 0 comments

TERIMA KASIH buat semua pengunjung blog The 12th Warriors.11,111 pengunjung telah mengunjungi blog ini samada untuk membaca,melihat live streaming,melihat video,bersembang di chat room dan sebagainya.Walaupun blog ini masih lagi baru,namun berkat sokongan tuan/puan secara tidak langsung telah dapat memperkenalkan blog kami kepada orang ramai.Walau terdapat banyak blog-blog yang lebih popular dan regular dari blog kami,pengunjung seperti anda tetap masih mengunjungi blog kami ini.

Dengan kehadiran pengunjung blog yang terdiri dari pelbagai negara didunia ini telah menunjukkan bahawa usaha kami yang tidak seberapa ini untuk menyampaikan info tentang penyokong dan pasukan Kelantan telah dihargai.Pihak kami juga mengalu-alukan cadangan atau komen yang bernas untuk pihak kami mempertingkatkan lagi mutu penyampaian kepada anda.

Segala sokongan dan dokongan dari tuan/puan semua kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.Teruskan untuk bersama-sama kami untuk info bolasepak Kelantan dan aktiviti kami,The 12th Warriors.


" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment