PIALA FA 2012 : Sudahkah Anda Bersedia ?

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, May 9, 2012 2 comments

Bersediakah kita untuk menjulang dan menggenggam Piala FA 2012 ?Apakah pula kita telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan ?.Walau apapun yang terjadi,kita harus menerima dengan secara terbuka.Lawan yang menanti kita di pentas perlawanan akhir piala fa 2012 nanti adalah pasukan Sime Darby FC.Walaupun berstatus kelab,pasukan ini tidak harus dipandang mudah.Dalam bolasepak,pasukan yang bijak mengambil dan menggunakan peluang dengan sebaiknya akan berjaya merangkul Piala FA 2012.

Peluang untuk pasukan Kelantan menjulang dan menggenggam Piala FA nampak cerah jika berdasarkan prestasi semasa Kelantan yang begitu konsisten dalam setiap perlawanan.Percaturan yang dibuat oleh jurulatih,Bojan Hodak pastinya ditagih oleh setiap penyokong Kelantan.Bagi penulis,Bojan Hodak akan berusaha memastikan anak buahnya mencari gol awal dan dalam masa yang sama memerhatikan kelemahan yang ada di pihak lawan untuk mencaturkan strategi yang seterusnya.Kebijaksanaan jurulatih dan pemain amat penting dalam usaha Kelantan untuk menjuarai Piala FA 2012.

Kebanggaan pasti akan hadir dengan senyuman manis seandainya genggaman tangan kita akan berjaya menggenggam Piala FA buat kali pertama untuk dibawa pulang ke bumi Kelantan,Cik Siti Wan Kembang,Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Kepada anda semua penyokong Kelantan,kuatkan tekad,kuatkan keazaman untuk berusaha menggenggam Piala FA 2012 dengan memberikan sokongan berterusan kepada pasukan Kelantan.Semangat dan Iltizam yang lahir dalam diri anda semua sememangnya ditagih oleh pemain pasukan Kelantan untuk memberikan mereka suntikan moral semasa berjuang di dalam padang.Pada masa ini,kelab-kelab penyokong telah memainkan peranan masing-masng.Anda boleh memilih mana-mana kelab penyokong yang dirasakan sesuai dengan jiwa anda untuk bersatu hati menyokong pasukan Kelantan.


Pada tahun ini,tiket perlawanan akhir Piala FA akan dijual dengan harga RM40.00 bagi semua tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil.Harga yang ditawarkan ini bagi sesetengah penyokong yang berkemampuan dilihat tidak menjadi masalah namun sebaliknya pula kepada mereka yang kurang berkemampuan,Apa yang menarik bagi penyokong Kelantan,walaupun tiket yang dijual adalah mahal,mereka semua sanggup membelinya demi pasukan Kelantan tercinta dan seterusnya akan menjadi sebahagian dari sejarah.Tiket perlawanan akhir ini juga kelihatan agak menarik jika hendak dibandingkan dengan tiket-tiket yang dijual pada edisi yang lalu.Untuk makluman semua,pada tahun 2012,Piala FA yang lama akan digantikan dengan Piala FA yang baru dan mana-mana pasukan yang memenanginya pasti akan mencatat sejarah menjuarai Piala FA yang baru.

Kepada semua penyokong,anda semua diminta menyahut cabaran yang telah dilontarkan oleh Tan Sri Annuar Musa.Berikut adalah petikan dari facebook milik beliau :

" Saya harap 19hb SEMUA ANAK KLATE TANPA MENGIRA KAUM AGAMA ATAU FAHAMAN AKAN BERHIMPUN DIBUKIT JALIL BERSAMA TRW..kumpulan pemimpin,persatuan,artis,ulamak,peladang,perantau dll dijemput membawa anak buah semua ke stadium.YG PERLU BELI/TEMPAH TIKET GROUP SILA KE KAFA UTK BANTU ...difahamkan semua tiket berharga rm40..BIAR KLATE YG MEWARNAI BOLASEPAK NEGARA..KITA MAMPU!!!!!! "

Kehadiran anda semua ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Mei 2012 ini pastinya akan menjadi sejarah.Sejarah ini bukan sahaja untuk negeri Kelantan,sebaliknya akan menjadi sejarah buat diri anda sendiri,PENYOKONG PASUKAN KELANTAN DARUL NAIM...THE RED WARRIORS.

Jika anda ke stadium,pastikan anda menyokong pasukan dengan bijak,jangan biarkan emosi negatif menguasai diri anda.Semoga,segala perancangan yang di buat oleh semua pihak bersempena Perlawanan Akhir Piala FA 2012 akan berjalan dengan baik dan lancar.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket perlawanan akhir,ini nasihat dari Tan Sri Annuar Musa :

" Kafa akan menempah 40,000 tiket utk FINAL PIALA FA...15,000 utk tempahan GROUP,15,000 jualan di kounter KB DAN 10,000 jualan lembah kelang..SEMUA TEMPAHAN GROUP BERSERTA WANG BOLEH MULA DIBUAT SEKARANG DAN TUTUP PADA 14HB JAM 3ptg..jualan biasa di kaunter SSMIV DIJANGKA BERMULA PADA 15,16&17HB....JOM KITA TAWAN BUKIT JALIL!!!! "

" Untuk mengelak anda tertipu membeli tiket palsu PASTIKAN ANDA TIDAK MEMBELI DARI ULAT DAN ORANG TENGAH...BELI TIKET TERUS DARI KAFA DAN FAM SAHAJA..SEMUA TIKET DIJUAL DGN SATU HARGA SAHAJA DAN TIDAK DIBANARKAN JUAL PACKAGE DLL..TIKET ADALAH HAK FAM DAN KAFA AKAN MEMBELI DARI FAM DAN DIJUAL PD HARGA KOS SAHAJA..SEMUA BELANJA PENGURUSAN DITANGGUNG OLEH KAFA DAN TIDAK DIBENARKAN SESIAPA TOP UP PD HARGA ASAL TIKET.. "

Pastikan Ori,Baru Beli........Sekian dari kami,The 12th Warriors.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

2 comments:

Daoh said...

kt bukit jalil tiket nk jual bilo????xdok jual kt shah alam ko ?

The12thWarriors Team said...

Untuk Bukit Jalil...kebiasaannya 1 hari sebelum perlawanan atau pada hari perlawanan bermula jam 9 pagi.....kalau area2 shah alam,cuba beli secara booking dgn kelab2 penyokong.nok mudoh,kirim ko member di kota bharu.....untuk lembah klang biasanya duk jual di MZ DARULNAIM,chow kit.....tahun ni tatau la mcm mana.15hb start jual di kaunter stadium KB dok silap..

Post a Comment