PIALA AFC 2012 : Kelantan Akan Menentang Terengganu Di Pusingan Kedua

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, May 9, 2012 0 comments
Kelantan akan menentang Terengganu di pusingan kedua kejohanan Piala AFC 2012.Terengganu yang akan menjadi lawan Kelantan pada 23 Mei 2012 telah mengesahkan tempat naib johan kumpulan F setelah berjaya mengikat Kitchee FC 2-2.Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV kerana Kelantan telah menjadi Juara Kumpulan H.

Kelantan yang menjadi Juara kumpulan H secara automatiknya akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Terengganu.Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri ini seharusnya digunakan dengan sebaiknya oleh pasukan Kelantan dan juga penyokong pasukan Kelantan.

Perlawanan pada pusingan kedua ini yang akan dijalankan secara kalah mati merupakan perlawanan yang begitu menarik sekali.Ini kerana dua wakil dari Malaysia,Kelantan dan Terengganu akan bertarung di peringkat asia bukan sebagaimana kebiasaan apabila kedua-dua pasukan sering bertemu di peringkat kejohanan domestik sahaja.

Peluang Kelantan untuk ke pusingan seterusnya nampak mudah kerana akan beraksi di gelanggang sendiri.Kelebihan yang dimiliki ini haruslah digunakan dengan sebaiknya untuk melayakkan Kelantan ke pusingan seterusnya.Dalam bolasepak,tiada istilah pasukan yang kuat dan lemah.Sesebuah pasukan yang bijak mengambil dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin akan memperolehi kejayaan.Percaturan kedua-dua jurulatih pasukan akan memberikan jawapan kepada kita siapa yang lebih layak.

Pertemuan dengan Terengganu di peringkat Asia ini pastinya akan membuka mata semua pihak yang terlibat dengan bolasepak.Kejayaan Kelantan dan Terengganu ke Pusingan kedua merupakan sesuatu yang membanggakan buat penyokong kedua-dua pasukan.Apa yang penyokong kedua-dua pasukan perlu tahu,hanya pasukan yang terbaik akan ke peringkat seterusnya.Pasukan manakah yang akan ke peringkat seterusnya? Adakah pasukan Kelantan atau pasukan Terengganu? Sama-sama kita nantikan.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment