LIGA SUPER 2012 : PKNS FC vs KELANTAN FA

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, May 9, 2012 0 comments
Lupakan seketika saingan Piala AFC,Perlawanan Akhir Piala FA.Ini kerana pada 12 Mei 2012,Kelantan akan bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk bertemu kelab PKNS FC dalam saingan liga super 2012.

Perlawanan ini adalah penting dalam usaha Kelantan untuk terus menjadi juara liga super 2012.Ketinggalan 5 mata dibelakang Lions XII,Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah untuk kembali merampas takhta liga super kerana Kelantan kekurangan 4 perlawanan berbanding Lions XII yang telah bermain sebanyak 19 perlawanan.

Justeru itu,sokongan dan sorakan dari seluruh penyokong Kelantan yang berada di Lembah Klang adalah ditagih untuk memberi sorakan semangat kepada pemain pasukan Kelantan.Walaupun PKNS FC berada di kedudukan ke 10 liga,kita tidak boleh memandang mudah keupayaan mereka.Seperti yang selalu saya katakan,pasukan yang berjaya mengambil dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya,pasti akan menuai kejayaan.

Semoga kehadiran pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors mampu memberi semangat kepada pemain The Red Warriors.Jadikan 12 Mei 2012 ini adalah hari Perhimpunan Penyokong Kelantan di Lembah Klang sebelum kita berhimpun secara besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama-sama penyokong Kelantan dari seluruh pelosok Malaysia pada 19 Mei 2012.Ayuh semua....!!! Sorakan dan sokongan anda diperlukan oleh pasukan.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment