CERITA 2011 : Terima Kasih Kelate...!!!

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, May 2, 2012 2 comments


Sudah agak lama tidak menulis,akhirnya ada jua kesempatan untuk diriku menulis sebuah cerita.Masihkah anda mengingati Boy,seorang remaja yang begitu berani bermotosikal dari Kota Bharu ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan Final Piala FA. ( SILA RUJUK DI LINK INI --->> http://the-12th-warriors.blogspot.com/2012/01/bermotosikal-dari-kota-bharu-ke-bukit.html ).Pada hari ini,saya menerima satu mesej dari Boy yang terus membuka idea kepada saya untuk menulis cerita ini.

"Assalamualaikum bea,maaf la lamo dop mesej...bizi kolof loni..."Boy,17 tahun...

Rupa-rupanya,dia masih mengingati diriku.Apabila ditanya kenapa tiba-tiba sahaja menghantar mesej setelah menyepi buat sekian lamanya,pantas dia menjawab

" Boy nok suh abe tulis pasal kelate.....terima kasih boy untuk kelate..."

Apabila ditanya mengapa hendak berterima kasih kepada kelantan,tidak kepada individu tertentu,beliau hanya menjawab...

" boy ucap terima kasih ko kelate,sebab kelate banyak gembirakan boy.abe pom tau doh hidup boy gano,boy bukey ore kayo,bukey banyak duit,x dok ore pon nak saing nga boy,maklumlah,boy miskin bea...hanya kelate yang mampu gembirakan boy..TERIMA KASIH KELATE..." luahan boy....


Tersentuh hati ini tatkala membaca mesej tersebut.Masih ada orang yang pentingkan duniawi untuk berkawan,apa nak jadi dengan manusia sekarang.Apa yang ingin dibangkitkan disini,kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan oleh skuad The Red Warriors sebenarnya telah banyak menggembirakan pelbagai pihak.Dalam kes seperti boy ini,walaupun tidak ada orang yang hendak berkawan dan memberikan kegembiraan kepadanya,bagi beliau kejayaan yang dicapai oleh pasukan kesayangannya itu sudah cukup memberikan nikmat kebahagiaan dan kebanggaan kepadanya.

" walaupun boy x dok saing,tp boy ado pasukae kelate,terima kasih jugok ko abe sebab jemput boy makey male skali nga skuad presiden kelate hr tuh"

Tahun 2011,permulaan bolasepak Liga Super memberikan langkah kanan kepada THE RED WARRIORS apabila berjaya menewaskan selangor dalam perebutan Piala Sumbangsih 2011 pada 29 Januari 2011.Gol penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma dari Badri Radzi,kapten pasukan kelantan memberikan keceriaan kepada seluruh rakyat kelantan sebenarnya.Kejayaan kelantan membenam kemegahan selangor di hadapan penyokong mereka sendiri ini,hanya menyusul beberapa bulan selepas kelantan memenangi Piala Malaysia.

Apa yang membanggakan,pasukan THE RED WARRIORS telah banyak menggembirakan rakyat kelantan.Jika dilihat pada sambutan ketibaan Piala Kejuaraan Liga Super,suasana begitu meriah sekali,ramai orang dikiri kanan jalan mengiringi Piala dari Lapangan Terbang ke Stadium Keramat The Red Warriors.

"maso berarok pialo,boy gi jugok bea.meriah sangat2.happy dooh lalu..iley serabut..abe tengok la gambar2 dale fb boy tuh....".

Dari kata2 boy itu,telah dapat dibayangkan betapa gembiranya beliau.

"maso lawe pelito jayo hr tuh,duk tgu jugop abe mesej,ingat abe kelik,ruponyo dop kelik,boy nok mesej pom x dok kredit,kalu kelik royak deh...".

Begitulah semangat anak muda terhadap pasukan kesayangannya.Walaupun sekadar perlawanan persahabatan,beliau turun juga untuk melihat sendiri pemain-pemain kesayangannya.Sesungguhnya,The Red Warriors sebenarnya telah menjadi satu aura kepada rakyat kelantan.Sebut sahaja dimana The Red Warriors berada,pastinya kehadiran pendukung setia merah putih ini tidak akan mengecewakan pemain TRW.


Kepada Boy,teruskan menjadi The 12th Warriors,tunjukkan sokonganmu,semangatmu kepada TRW.Jangan menjejaskan pelajaranmu.

Kepada pasukan The Red Warriors,teruskan perjuanganmu,teruskan rentak kecemerlanganmu,ini semua kerana rakyat kelantan menantikan perkhabaran gembira darimu wahai THE RED WARRIORS.....gomo kelate gomo..!!

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

2 comments:

wans said...

boboy boy

The12thWarriors Team said...

boboy boy....bukanla...ni boy...sekarang boy dah berkelana ke KL.....malam ni nak jumpa Boy di RESTORAN BELAUK....

Post a Comment