Liga Super 2012 : Menjelang Perlawanan Kelantan vs Lions XII

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, May 1, 2012 1 comments

Barisan pemain Kelantan perlu memastikan mereka tidak melakukan kesilapan dengan melepaskan gol mudah kepada pasukan Lions XII pada 4 Mei ini jika berhasrat untuk terus ke arah merampas kembali takhta Liga Super dari Lions XII.

Walaupun Lions XII mendahului liga dengan pungutan 36 mata hasil dari 17 perlawanan,namun Kelantan yang hanya bermain 14 perlawanan kekurangan 3 perlawanan dengan Lions XII kini telah mengumpul 31 mata dan berpeluang merampas kembali takhta Liga Super seandainya Kelantan menang kesemua 3 perlawanan tersebut.

Bertandang ke stadium keramat The Red Warriors,ianya pasti akan menghadirkan mimpi ngeri buat pemain Lions XII kerana aura dan sorakan penyokongnya yang menjadi nadi kemeriahan stadium keramat,Stadium Sultan Muhammad IV.Bagi kedua-dua pasukan,sedikit kesilapan dan kealpaan pastinya akan membawa padah.Dalam bolasepak,pasukan yang bijak mengambil peluang terhidang pasti akan memenangi perlawanan walaupun berada di tempat tercorot sekalipun.

Pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan,kemenangan telah berpihak kepada pasukan Kelantan.Pertemuan di Stadium Jalan Besar di singapura dilihat tidak menjadi masalah besar buat Kelantan apabila berjaya menewaskan pasukan Lions XII dengan jaringan 2 - 1 walaupun terpaksa beraksi dihadapan ribuan penyokong setia mereka.Pada 4 Mei ini,Lions XII akan beraksi pula dihadapan puluhan ribu penyokong Kelantan yang pastinya akan berjuang bersama-sama dengan pemain kelantan untuk mencapai kemenangan.







Keadaan stadium yang dipenuhi oleh penyokong setia The Red Warriors dapat membantu pasukan Kelantan untuk beraksi dengan lebih baik dan cemerlang.Ianya juga sedikit sebanyak akan menghadirkan perasaan gerun kepada pasukan lawan yang bertandang di stadium keramat The Red Warriors ini.Bagi para penyokong,mereka tidak kisah terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli tiket perlawanan ini kerana semangat cintakan pasukan,semangat cintakan negeri yang menebal di sanubari membuatkan penyokong tidak sanggup untuk membiarkan pemain-pemain Kelantan bermain sendirian tanpa sorakan penyokong.

Pada perlawanan 4 Mei nanti,diharapkan pihak penyokong,pemain ke-12 The Red Warriors dapat mengibarkan bendera Kelantan atau bendera The Red Warriors dengan semegahnya.Pastikan setiap dari penyokong akan hadir dengan membawa sehelai bendera bagi memeriahkan suasana didalam Stadium.Tunjukkan kepada mereka kita adalah yang terbaik dikalangan terbaik.


Dalam kita bergembira menyokong perlawanan bolasepak,apa yang penting ialah mengawal emosi.Jangan sampai emosi menguasai diri kita.Disiplin dalam diri juga hendaklah ditingkatkan demi menjaga nama baik semua penyokong-penyokong The Red Warriors. Semoga,dengan semangat juang yang ada pada pemain dan penyokong pasukan The Red Warriors,Kita akan memperolehi kemenangan di gelanggang sendiri nanti.Insyaallah.....

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "





1 comments:

The12thWarriors Team said...

Wsalam....terima kasih tuan.....akan diinformkan nanti....

Post a Comment