PERPINDAHAN PEMAIN : ISU DAN KONTROVERSI

Posted by The12thWarriors Team On Monday, December 30, 2013 0 comments
Liga Malaysia akan membuka tirainya pada 17 Januari 2014 dengan pertembungan antara Pahang dan Lions XII bakal disajikan dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Darul Makmur.Bagi memastikan cabaran pasukan berada dilandasan terbaik,beberapa persatuan/kelab dilihat rancak mempersiapkan skuad dengan pembelanjaan besar terutama dalam proses menyunting pemain berkualiti tinggi.Namun tidak semua perpindahan pemain berjalan lancar.Ada diantaranya dihimpit pelbagai kontroversi.

Paling menarik perhatian ialah pemain Pahang,Amirul Hadi Zainal yang dikhabarkan telah mengikat kontrak dan didaftarkan oleh pasukan juara Piala Malaysia 2013 itu namun dilihat berada di kem johor Darul Takzim (JDT) meskipun telah tamat tempoh pendaftaran pemain.Perkembangan terbaru dari Wisma FAM mengesahkan Amirul menjadi milik JDT setelah kontrak yang ditandatangani bersama PBNP (Persatuan Bolsepak Negeri Pahang) ditakrifkan tidak sah oleh Jawatankuasa Status FAM namun anak kepada bekas pemain bolasepak,Zainal Nordin itu,telah dikenakan denda sebanyak RM 25,000 di atas kesalahan 'menyembunyikan' status sebenar kontraknya sebelum ini.Selain itu,pemain seperti Nazri Ahmad(JDT),Safee Sali(JDT),Norfarhan Mohammad(Kelantan),Hairuddin Omar dan Norfazly Alias (ATM) turut dicuit dengan isu perpindahan pemain namun akhirnya segala kemelut berjaya 'diselesaikan' di luar 'mahkamah FAM'.

Sesebuah pasukan ataupun kelab yang mengidamkan kejuaraan sudah pastinya sanggup berbelanja dan melabur wang yang banyak bagi mendapat khidmat pemain ternama tempatan mahupun pemain import demi memperkasakan pasukan.Sudah pastinya,proses 'tawar-menawar' antara pemain dan persatuan/kelab akan berlaku.Dalam era profesional ini,pemain pasti ada pertimbangan dan penilaian mereka tersendiri dalam membuat keputusan untuk menyertai mana mana pasukan baru.Ada di antara mereka akan memilih pasukan atau kelab yang dilihat mampu menjamin masa depan mereka.Ini kerana,jangka 'hayat' pemain dalam kancah bolaesepak tempatan biasanya tidak akan bertahan lama.

Diharapkan segala kontroversi yang melanda dapat diselesaikan dengan baik dan semoga ianya akan memberi pengajaran berguna kepada semua pihak yang terlibat.
Ini kerana senario seumpama ini akan memberi gambaran sejauh mana nilai profesional yang ada pada setiap pemain mahupun persatuan terbabit.Terdapat juga saranan daripada beberapa pihak agar FAM lebih tegas dalam menangani kes seumpama ini agar ianya tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Salam Kesukanan,

________________
Md Duang
Penulis Baru Nak Belajar (Bebas)

0 comments:

Post a Comment