Anda Kebanggaan Negeri Kelantan Darul Naim...!!!

Posted by The12thWarriors Team On Thursday, July 4, 2013 0 comments



" Menuju Puncak Gemilang "

Kejayaan Pasukan Kelantan menjadi JUARA PIALA FA bukanlah secara bersendirian,sebaliknya pasukan berjuang bersama-sama dengan penyokong yang menjadi pemain ke-12 pasukan " The 12th Warriors".Kejayaan yang dicapai oleh pasukan Kelantan ini sememangnya telah banyak menggembirakan Rakyat Kelantan Darul Naim.Terima Kasih diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana menggembirakan kami dengan seadanya.Langkah demi langkah yang disusun atur itu telah menobatkan pasukan kita,Kelantan Darul Naim gah menuju ke puncak kejayaan dalam bolasepak Malaysia.Insyaallah,jika kita mempunyai rezeki yang lain,kita akan menjadi Juara Piala Malaysia 2013 untuk musim kedua berturut-turut.Sama-sama kita berdoa agar kemenangan terus dilakar oleh Kelantan untuk terus menuju ke puncak kejayaan dan seterusnya menawan puncak kejayaan itu.

" Demo Dok Akhe Jale Soghe "

Jika anda adalah penyokong setia The Red Warriors,anda tidak seharusnya risau atau takut untuk berada dimana-mana stadium.Kita tidak akan keseorangan sebaliknya kita akan bersama-sama berjalan dengan rakan-rakan lain dalam misi untuk menakluki stadium-stadium lawan.Kejayaan kita sebagai pemain ke-12 The Red Warriors harus dibanggakan kerana dengan kerjasama yang telah diberi,penyokong The Red Warriors telah berjaya menawan stadium lawan untuk dipenuhi dengan penyokong-penyokong yang setia kemana sahaja pasukan beraksi.Kepada pasukan The Red Warriors,anda semua tidak keseorangan,kami senantiasa dibelakang kamu untuk berjuang bersama-sama.


" Sek Kito Jange Pecoh..."

Semangat yang ada dalam diri kita sebagai pemain ke-12 pasukan hendaklah dipertahankan.Jangan sesekali kita mengurangkan semangat yang ada dalam diri kita.Pastikan semangat yang ada dalam tubuh badan itu menjanakan keceriaan dan kegembiraan kepada kita semua.Penyokong Kelantan sememangnya senantiasa ceria dan gembira samada dalam stadium ataupun luar stadium.Kemana sahaja kita pergi,kita sentiasa bergerak secara kumpulan.Ini membuktikan rakyat Kelantan sentiasa bersatu hati,bersatu padu demi sebuah kejayaan.Slogan " Sek Kito Jange Pecoh " sememangnya amat sinonim dengan seluruh penyokong bolasepak Kelantan.Demi mencapai kejayaan bersama-sama,rakan-rakan tidak dilupakan.Detik-detik indah bersama hendaklah diabadikan dengan sebaiknya.

Semoga,pasukan Kelantan The red Warriors yang telah menjadi gergasi bolasepak Malaysia akan terus menghadiahkan sinar kegembiraan kepada kita sebagai pemain ke-12 The Red Warriors.Kepada semua pemain ke-12 The Red Warriors,teruskan perjuangan anda semua demi memartabatkan sukan bolasepak Kelantan.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment