Liga Super 2013 : Perlawanan Terakhir Liga Super Antara Dua Negara,Kelantan vs Lions xii

Posted by The12thWarriors Team On Thursday, July 4, 2013 0 comments

Setelah menewaskan pasukan Perak FA di gelanggang tuan rumah,pasukan Kelantan FA akan turun di gelanggang sendiri pula menentang sebuah pasukan dari negara jiran,Lions Xii.Perlawanan yang akan berlangsung pada malam esok ini semestinya pasukan Kelantan inginkan kemenangan untuk meraih 3 mata penuh bagi membolehkan misi untuk berada di kedudukan 5 pasukan terbaik Liga Super tercapai.

Pasukan Lions xii yang juga juara baru Liga Super 2013 juga pastinya mahukan kemenangan ke atas Kelantan untuk melegkapkan kejuaraan mereka di Liga Super.Perlawanan yang bakal berlangsung ini pastinya akan sengit kerana ianya melibatkan pertembungan dua pasukan dari negara yang berbeza.

Kepada semua The 12th Warriors yang akan hadir ke Stadium Sultan Muhammad IV,jaga tingkahlaku anda,keselamatan diri dan juga orang lain.Semoga,kemenangan yang dicari oleh pasukan Kelantan akan ditemui semasa perlawanan nanti.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment