Pahlawan Ke-12 The Red Warriors

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, July 2, 2013 0 comments

Bak kata peribahasa melayu,"dimana ada gula,disitu ada semut".Pastinya anda semua mengetahui,pernah mendengar dan pernah menggunakannya dalam perbualan,penulisan dan sebagainya.Umum mengetahui,semut sememangnya sinonim dengan gula.Pada kali ini,bukan cerita semut yang ingin dihuraikan,sebaliknya,cerita tentang pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors.





Peribahasa melayu itu sememangnya amat sinonim dengan penyokong-penyokong The Red Warriors.Lihat sahaja apabila pasukan The Red Warriors beraksi,tidak kira walau dimana stadium atau gelanggang,pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors tanpa jemu tetap setia hadir memberikan sokongan seratus peratus demi pasukan tercinta.Apa yang membanggakan adalah,kehadiran pahlawan ke-12 The Red Warriors telah membangkitkan rasa cemburu sesetengah penyokong pasukan lawan.

Tujuan penulis menulis artikel ini bukanlah untuk mengapikan sesiapa,sebaliknya ingin menjelaskan kepada pembaca bahawa pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors ini wajar dihargai.Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors ini sebenarnya menjadi pemangkin kepada pasukan kesayangan.Tanpa mereka,pasukan tidak akan mendapat bantuan semangat yang amat diperlukan tatkala ketika ketinggalan jaringan gol.

Mereka ini sebenarnya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.Dalam Kumpulan The 12th Warriors sendiri,ahli bukan sahaja terdiri daripada kaum melayu,sebaliknya kaum cina turut memberi komitmen menyokong pasukan The Red Warriors.Ada yang muda,ada yang tua,ada lelaki,ada perempuan semuanya hadir ke stadium dengan satu matlamat,iaitu memberi sokongan semangat yang padu dan jitu kepada pasukan negeri sendiri.
Semangat kenegerian yang ada dalam rakyat kelantan ini membolehkan mereka bersatu di Lembah Kelang dan hadir ke stadium-stadium di sekitarnya.Keadaan ini telah memberi impak yang besar kepada pasukan kerana mereka tidak bersendirian berjuang melawan musuh di gelanggang lawan sebaliknya mereka berjuang bersama-sama dengan pahlawan-pahlawan ke-12 yang begitu menyayangi negeri kelahiran,tanah tumpah darah mereka.Bagi mereka semua,wang bukan penghalang,dengan berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi,apa sahaja yang dihajati,pastinya akan tercapai.Itulah rahsia mengapa pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors sentiasa dapat memenuhi dan menggempur stadium lawan.

Tidak dinafikan juga,rakyat Kelantan yang begitu ramai merantau ke seluruh pelosok negara Malaysia juga menyumbang kepada kehadiran pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors di stadium lawan.Dari Perlis sampailah ke Sabah,pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors tidak jemu-jemu bertandang ke stadium lawan walaupun terpaksa menghabiskan duit yang banyak demi menyaksikan pasukan negeri kelahiran yang tercinta beraksi.


Bagi pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors,semua itu bukan halangan,pokok pangkalnya,semangat dan iltizam yang tinggi mampu membawa kejayaan kepada pasukan tercinta.Pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors sentiasa bersiap siaga bersama-sama pasukan untuk kejayaan bersama.Bagi mereka yang tidak mengenali pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors,usahlah hanya mendengar khabar angin sebaliknya datang dan lihat sendiri dan bersama-sama pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors di stadium.

Semoga,era Piala Malaysia 2013 ini,akan memberikan seribu erti kepada 
pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors.Sokongan anda sememangnya tiada yang mampu menandingi.Semangat juang yang tinggi untuk melihat kejayaan pasukan tercinta,begitu membara dan hangat sekali.Permulaan saingan Piala Malaysia yang dijangka bermula pada 13 Ogos 2013 akan menjadi titik tambah buat pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors untuk memahat sejarah yang gemilang.Kepada pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors,Sokongan anda diperlukan oleh pasukan,sokongan anda ditagih oleh pasukan,sokonglah dengan bijak,tanpa ada unsur politik,perkauman.
SELAMAT MAJU JAYA BUAT PAHLAWAN-PAHLAWAN KE-12 THE RED WARRIORS...!!


" satu matlamat...satu sorakan...gomo kelate gomo... "

0 comments:

Post a Comment