Kelantan Menghampiri Kejuaraan Liga Super Buat Kali Kedua Berturut-turut

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, July 3, 2012 0 comments
Kejayaan pasukan Kelantan membenam Negeri Sembilan 3 - 2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi telah membuka jalan yang luas buat Kelantan untuk menjadi Juara Liga Super bagi edisi 2012.Kejayaan Kelantan ini begitu bermakna kerana Kelantan membuktikan bahawa mereka bukanlah sebuah pasukan "mee segera" sepertimana yang dihebohkan sesetengah pihak sebelum ini.

Keunggulan dan kewibawaan Kelantan sekali lagi terserlah pada malam ini apabila ketinggalan 1 - 0 dan di separuh masa pertama dan bangkit pada separuh masa kedua dengan 3 gol jaringan.Jaringan yang dilakukan oleh Azlan Ismail,Mohamad Ghaddar dan Indra Putra Mahyudin telah cukup untuk memberikan kemenangan kepada pasukan Kelantan.Walaubagaimanapun,pasukan tuan rumah merapatkan jurang gol menerusi tandukan Shukor Adan menjadikan kedudukan 2 - 3.

Keupayaan Kelantan mengawal permainan dengan baik dan semangat juang yang tinggi dimiliki oleh barisan pemain Kelantan sedikit sebanyak membantu pasukan untuk mencipta kemenangan walaupun ketinggalan pada suatu ketika.Tamat permainan,Kelantan membenam Negeri Sembilan dengan jaringan 3 - 2.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment