LIGA PERDANA 2012 : Persaingan ATM FA dan Pahang FA Merebut Kejuaraan Liga Perdana

Posted by The12thWarriors Team On Thursday, June 21, 2012 0 comments

Di negara kita Malaysia,terdapat dua liga utama.Pertamanya adalah Liga Super Malaysia dan keduanya adalah Liga Perdana Malaysia.Kedua-dua liga ini lebih dikenali sebagai Liga Malaysia.Apa yang ingin dibicarakan pada hari ini ialah tentang liga perdana yang dipandang sepi oleh sesetengah pihak.Mungkin bagi sesetengah pihak ini liga perdana merupakan liga yang tidak seronok untuk diikuti perkembangannya.

Bagi penulis,setelah mengikuti kedua-dua liga ini bermula dari awal tahun hingga sekarang,liga perdana ini tidak kurang hebatnya.Banyak pasukan-pasukan yang menonjol dan nama-nama besar dalam kancah saingan liga perdana 2012.Nama-nama besar seperti Azamudin Akil,Azraie dari Pahang,Hairuddin Omar,Aidil,Zaquan dari ATM,Razali Umar Kandasamy,Syukur Saidin dari Sime Darby dan banyak lagi.

Dari segi Kejurulatihan,B.Sathianathan,Kamaruddin Mohd Noor,Hamid Ramli,Shahrin Majid dari ATM FA,Dollah Salleh,Zainal Abidin Hassan dari Pahang FA,G.Torairaju dari Pos Malaysia FC,Ismail Zakaria dari Sime Darby FC dan banyak lagi.Kesemua nama-nama besar yang mewarnai kancah saingan liga perdana ini banyak menyajikan aksi-aksi yang menarik untuk ditonton oleh peminat-peminat bolasepak.

Kejayaan pasukan Sime Darby FC mengharungi cabaran saingan Piala FA sehingga ke perlawanan peringkat akhir saingan membuktikan pasukan dari liga perdana tidak harus dipandang mudah.Kejayaan Sime Darby FC ini telah mencatat sejarah sebagai pasukan berstatus kelab yang pertama layak ke saingan perlawanan akhir piala FA.Namun begitu,pasukan ini telah kalah kepada Kelantan yang menewaskan mereka dengan jaringan 1-0.

Bagi pasukan ATM,pada tahun 2012 ini merupakan tahun yang cemerlang bagi mereka.Dari awal saingan sehingga ke hampir penghujung saingan mereka begitu gah berada di puncak.Namun begitu,pasukan Pahang yang mengekori rapat di belakang harus diberi perhatian sepenuhnya.Kejayaan ATM menduduki puncak carta liga perdana membuktikan mereka begitu serius untuk menyertai saingan liga super 2013.Beberapa nama besar dari pasukan liga super 2011 berjaya dipancing oleh ATM bagi memperkuatkan pasukan.

Bagi Pahang pula,saingan liga perdana ini perlu diakhiri di puncak untuk melayakkan mereka kembali ke Liga Super secara automatik setelah disingkirkan ke Liga Perdana.Pasukan pahang terpaksa bersaing dengan pasukan ATM yang sesekali dilihat tergugat kedudukan mereka namun begitu gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan pahang.

Dalam saingan liga perdana 2012 ini,kedua-dua pasukan,ATM FA dan Pahang FA yang dianggap mempunyai ramai barisan pemain bintang pernah dikecewakan oleh pasukan yang lebih kerdil.Dalam bolasepak,pasukan yang mempunyai ramai pemain bintang tidak semestinya akan sentiasa menang.Nama-nama pemain yang berstatus bintang ini hanyalah boleh dianggap sebagai psikologi dalam bolasepak untuk menghadirkan perasaan gerun kepada pihak lawan.

Permainan bolasepak ini,dimainkan secara berpasukan dan bagi penulis pasukan yang bijak mengambil dan menggunakan peluang yang ada dan terhidang berhak memenangi sesuatu perlawanan itu.Lihat sahaja pasukan ATM yang pernah dikecewakan oleh pasukan yang dilihat lebih kerdil dari mereka iaitu Pos Malaysia FC di gelanggang sendiri.Mempunyai pemain erstatus bintang tidak semstinya menjamin kemenangan pasukan.

Pemain-pemain yang berstatus bintang didalam saingan liga perdana ini juga kadangkala dilihat mempamerkan aksi permainan secara yo-yo secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pemain pasukan lain mengambil kesempatan untuk memenangi perlawanan.Semoga peluang yang diberikan untuk mengisi kesebelasan utama pasukan masing-masing dimanfaatkan sepenuhnya dan menunjukkan permainan yang penuh bertenaga bagi menghiburkan penonton yang hadir memberi sokongan ke stadium.

Kepada anda semua,jangan lupa pada malam ini,beberapa perlawanan saingan liga perdana akan berlangsung malam ini.Berikut dipaparkan jadual perlawanan hari ini.


Marilah kita sama-sama memeriahkan liga malaysia kita yang semakin meriah ini.Siapakah yang akan merangkul gelaran Juara Liga Perdana 2012 ? Marilah sama-sama kita ikuti perkembangannya.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment