Jika dilihat dalam aksi pusingan pertama yang diadakan pada 8 Februari 2012 di Stadium Likas,kedua-dua pasukan telah terikat seri tanpa jaringan setelah tamat 90 minit perlawanan.Perlawanan yang bakal berlangsung ini pastinya akan sengit kerana sabah memerlukan kemenangan untuk mendaki carta liga bagi mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana Malaysia untuk tahun 2013 manakala kelantan pula memerlukan kemenangan untuk mendapatkan 3 mata penuh bagi mencapai misi menjuarai Liga Super 2012.
Kepada anda yang akan hadir ke Stadium Sultan Muhammad IV,jaga tingkahlaku anda,keselamatan diri dan juga orang lain.Semoga,kemenangan yang dicari oleh pasukan Kelantan akan ditemui semasa perlawanan nanti.
" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "


0 comments:
Post a Comment