Kelantan Juara : Dato' M. Karathu

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, June 20, 2012 0 comments

Bekas jurulatih Kelantan yang berjaya membawa pulang piala Sumbangsih 2011 dan Piala Liga Super 2011,Dato' M. Karathu yakin Kelantan akan menjadi juara liga super 2012.Walaupun beliau tidak lagi bersama-sama dengan pasukan Kelantan,hati dan jiwanya masih lagi teguh bersama Kelantan.Beliau sekarang telah menjadikan dirinya sebagai peminat tegar pasukan Kelantan dan jika dilihat di facebook beliau,statusnya banyak berkisarkan tentang pasukan Kelantan yang pernah dibimbing oleh beliau.

Dato' M. Karathu melalui laman facebooknya juga senantiasa memberi komen dan pandangan tentang pasukan Kelantan walaupun beliau tidak lagi berkhidmat bersama pasukan.Ini telah menunjukkan bahawa beliau sememangnya sayang pada pasukan Kelantan.Jurulatih yang pernah membimbing pasukan Kelantan pada tahun 1993 bersama-sama dengan Irfan Bakti dan Hamid Ramli ini juga pada suatu ketika dahulu telah berjaya membawa pasukan Kelantan mara ke separuh akhir piala FA dan Malaysia ketika era Hashim Mustapha.

Berikut adalah petikan dari facebook Dato' M. Karathu :

"Juara liga super ialah sejarah pada tahun 2011. Tahun ini TRW bolih retain Juara liga dengan senang. Remembrance of TRW."

Buat Dato' M. Karathu,Terima Kasih kerana menjadikan kami sebahagian dari sejarah.Kenangan zaman dahulu,sewaktu dibaling dengan budu,jadikan kenangan yang terindah.SELAMAT MAJU JAYA.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment