SUKMA PAHANG 2012 : Kelantan Telah Bersedia

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, July 3, 2012 0 comments
Jurulatih dan Pengurus memberi amanat kepada pemain bolasepak sukma Kelantan-
Gambar : FB Pengurus

Sukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUKMA akan membuka tirainya.Pada tahun ini,Negeri Pahang Darul Makmur menjadi tuan rumah SUKMA 2012.Acara yang menjadi tumpuan semstinya acara bolasepak.

Bagi negeri Kelantan,skuad SUKMA pada kali ini dilihat mampu untuk menggalas cabaran bagi merangkul pingat emas acara bolasepak.Pasukan Kelantan telah membuat persiapan rapi agar cita-cita untuk memenangi pingat emas akan tercapai.

Bermula hari ini,pasukan Kelantan akan bertemu dengan pasukan Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang di Stadium Darul Makmur.Kemudiannya,pada 6 Julai 2012,bertempat di stadium yang sama cuma waktunya sahaja berbeza iaitu jam 8.00 pagi,pasukan Kelantan akan bertemu pula dengan pasukan Negeri Sembilan.Pada 8 Julai 2012,pasukan Kelantan akan bertemu dengan pasukan bolasepak SUKMA dari Melaka.Perlawanan ini juga akan diadakan pada waktu pagi jam 8.00 pagi di Stadium Darul Makmur.

Kepada mereka-mereka yang berdekatan,marilah sama-sama kita menghadirkan diri ke stadium bagi menyokong pasukan bolasepak SUKMA KELANTAN.Semoga sukma 2012 akan memberi kilauan emas kepada pasukan bolasepak Kelantan....Gomo Kelate Gomo...!!!

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment