PIALA FA 2012 : Pastikan Kenderaan Berada Dalam Keadaan Terbaik...!!

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, May 13, 2012 0 comments
Perlawanan Akhir Piala FA kian menjelang tiba.Kepada yang berkonvoi atau sendirian,berhati-hati dijalanraya.Sedikit tips keselamatan dari kami The 12th Warriors.

Semoga,dengan kehadiran kita penyokong The Red Warriors ke Stadium Nasional Bukit Jalil akan dapat memeriahkan suasana bolasepak negara.


PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA


Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 2012 yang bakal menjelang tiba,disini disertakan tips-tips untuk perjalanan jauh sebagai panduan kita untuk memulakan perjalanan jauh samada berkonvoi atau sendirian.

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

9. Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yg baik untuk mengelakkan keadaan luar jangka (breakdown).

Jadikannya sebagi panduan...biar lambat asal selamat...gomo kelate gomo...!!!

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment