PIALA FA 2012 : Bahang Kian Terasa...!!!

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, May 13, 2012 0 comments
Hanya 5 hari sahaja lagi untuk seluruh penyokong The Red Warriors berkumpul dan memberi sorakan kepada pasukan The Red Warriors dalam perlawanan Akhir Piala Fa 2012.Debaran untuk aksi perlawanan akhir ini telah mula dirasai.Hati tidak tenang,jiwa bercelaru,otak hanya memikirkan akan aksi perlawanan akhir piala fa yang bakal menjelang tiba.

Sungguhpun perlawanan ini hanya akan berlangsung 5 hari lagi,tetapi debarannya seolah-olah perlawanan ini akan dimulakan pada malam ini.Kesungguhan penyokong untuk menghadirkan diri ke perlawanan akhir piala fa dilihat begitu menggalakkan.Sememangnya penyokong Kelantan dari dahulu lagi mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membantu pasukan dengan berjuang bersama-sama.

Bagi penyokong Kelantan,mereka tidak kisah mengorbankan masa,berhabis wang ringgit demi menyaksikan detik bersejarah untuk Kelantan memenangi Piala FA 2012 buat kali pertama dan membawanya pulang ke negeri Kelantan Darul Naim.Pada masa ini,kelab-kelab penyokong telah berjaya memainkan peranan masing-masing dengan menggerakkan ahli-ahli mereka untuk mengembleng tenaga bagi menyiapkan sepanduk,banner,bunting,bendera dan sebagainya.

Semangat yang ada pada anak Kelantan ini membuatkan seluruh anak-anak Kelantan di perantauan dan di dalam negeri Kelantan itu sendiri bersatu hati mengeratkan sillaturrahim sesama anak Kelantan demi menyokong kemajuan bolasepak Kelantan.Perlawanan pada kali ini akan melibatkan sebuah pasukan berstatus kelab menentang pasukan negeri.

Debaran yang ada pada ketika ini telah membuatkan seluruh penyokong The Red Warriors tidak senang duduk.Kekuatan kedua-dua pasukan juga kadang kala memberi keresahan kepada penyokong kedua-dua pasukan.Setiap pasukan yang bertanding ini mempunyai senjata pemusnahnya sendiri.

Bagi penyokong The Red Warriors,beraksi di perlawanan akhir 4 tahun berturut-turut samada perlawanan akhir Piala Malaysia atau Piala FA belum mampu untuk meredakan debaran yang menguasai diri.Setiap kali perlawanan akhir,penyokong tidak dihidangkan aksi yang sama sebaliknya berubah mengikut pasukan,taktikal jurulatih dan sambutan dari kalangan penyokong samada penyokong pasukan lawan atau pasukan kita sendiri.

Persoalannya,siapakah yang akan menjadi juara untuk menjulang Piala FA 2012 berharga RM80,000.00 yang telah dibuat baru bagi menggantikan piala fa yang lama ?Adakah pasukan Kelantan akan menjulangnya ?Apakah pula kebarangkalian pasukan Sime Darby FC untuk menjulangnya selaku pasukan kelab pertama menjuarai Piala FA 2012 ?

Sememangnya kita mahu menjadi yang pertama.Insyaallah,dengan usaha dari kita semua,kita akan berjaya menjulang Piala FA 2012 dan seterusnya menjadi pasukan yang pertama akan mengukir nama di Piala FA yang baru itu.

Semoga,kita akan berjaya memilikinya....gomo kelate gomo....!!!!

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment