PIALA FA 2012 : Air Mata Kegembiraan..!!

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, May 20, 2012 2 comments
Tiada apa yang mampu diperkatakan apabila pengadil meniupkan wisel penamat saingan perlawanan akhir Piala FA 2012.Kelihatan ramai peminat dan pemain yang melakukan sujud syukur.Tidak kurang pula ada yang menangis kegembiraan.Linangan air mata kegembiraan ini turut mengalir di mata penulis.Rata-rata penyokong The Red Warriors jika dilihat pada mata mereka,pastinya akan ada kejernihan air mata kegembiraan setelah pasukan Kelantan berjaya memenangi perlawanan akhir piala fa 2012.

Jika seorang budak remaja mengerti akan erti kemenangan yang dikecapi oleh pasukan,apatah lagi bagi golongan dewasa seperti penulis.

" Boy menangis ko?napok basoh jah mata boy tuh...." kata penulis kepada boy.

" Hor bey..boy ngalir air mata dos nih...boy gembira sangat2.Akhirnya kelate menjadi johan piala fa.suko sangat2 bey...serupo la huk boy oyak ko abe hr tuh...boy optimis kelate bulih meney..." jelas boy.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah boy setelah pengadil meniupkan wisel penamat.Beliau melompat kegembiraan,memeluk diri saya,menjerit-jerit kegembiraan,mengalirkan air mata kegembiraan tanpa segan silu.Saya hanya mampu memerhatikan gelagatnya.Sempat saya bertanya kepada boy,apakah beliau berpuas hati dengan kemenangan ini ?.

"Boy puah hati bey,puah sangat2..gembira sangat2,Piala FA menjadi milik kelate bey,sapo dok gembira..tp game kurey sikit,boy tetap enjoy bey.Paling menyentuh perasaan boy maso skrin di stadium tunjuk gambar Tan Sri Annuar Musa duk akat mafla...boy terharu bey,bertamboh ngalir air mata bilo tgk bapa pembangunan bolasepak kelate akat mafla...sebak didado boy x leh nak tahan,air mato huk ngalir tubik smaley adolah ikhlas,bukey dibuat-buat..."

"berbaloi sangat2 boy mari awal KL....kijo dulu sementar bulih gaji wat beli tiket.....mr final beli tiket nga duit sdiri memey berbaloi ah bey...terima kasih bey tulom boy..."


Kepetahan beliau bercerita kadang kala disekat oleh saya,namun beliau tetap meneruskan penceritaan beliau.Seorang remaja dari Kota Bharu yang datang awal ke KL semata-mata untuk bekerja mencari sedikit wang ringgit untuk dibuat belanja membeli tiket final piala fa akhirnya berbaloi.Usaha yang ditunjukkan oleh beliau ini sememangnya amat mulia.Beliau tidak mahu menyusahkan orang lain demi mencapai matlamatnya,iaitu melihat pasukan Kelantan menjulang Piala FA 2012 didepan matanya sendiri.Impian ini akhirnya terlaksana apabila Kelantan dinobatkan selaku johan perlawanan akhir piala fa 2012.

"Kemenangan male ni jugok membuatkan kito berjaya mempertahankan maruah negeri kito dari terus dipalit kekecewaan bey,boy saye sangat2 ko kelate kito..."

"Boy pun dok cayo boy ngalir air mata...22 tahun,pemain jersi nombor 22,Ghaddar...simbolik molek bey...biarlah ore nok kato gapo pom...huk petim..kelate meney piala fa 2012....TERIMA KASIH THE RED WARRIORS...!!!."jelas boy.

Setelah tamat perlawanan dan melihat Kelantan menjulang Piala FA 2012,saya mengajak boy balik ke rumah kerana pada keesokkan paginya dia harus pulang ke Kota Bharu.Pada hari kesokannya,saya menghantar boy ke Stesen Putrajaya Sentral.

"Bey,terima kasih banyok2 tulom boy,ado maso boy mari plok,terima kasih blanja boy makan minum,bawa boy berjaley-jaley di Kl..terima kasih belakow2...kim salam blakow ko saeng2 abey,enjoy molek smaley duk tgk bola nga set dio....."

Semangat dan keyakinan yang ada pada anak muda ini harus dicontohi.Kegigihan beliau mencari sedikit wang untuk menampung perbelanjaan beliau semasa perlawanan akhir piala fa menunjukkan beliau ingin berdikari dengan sendiri.Lebih manis lagi,kejayaan ini dimiliki oleh boy setelah menggunakan wang sendiri hasil penat lelah bekerja di restoran di Bangi.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

2 comments:

Anonymous said...

boy oh boy.... tahniah boy.... usahamu tercapai jua akhirnya.....

The12thWarriors Team said...

boy gembira apabila dapat ke stadium dengan membeli tiket perlawanan hasil usaha sendiri.

Post a Comment