PIALA FA 2012 : Aku Bersedia Untukmu Wahai Penyokong The Red Warriors.....!!

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, May 15, 2012 0 comments


Oh The Red Warriors...Sebaik sahaja aku mengetahui kamu berjaya ke Perlawanan Akhir Piala FA 2012,aku tersenyum lebar.Aku kembali berangan-angan untuk menerima kehadiran penyokong The Red Warriors.Namun pada mulanya,aku sedikit ragu-ragu kerana sahabat terdekatku,Stadium Shah Alam pada awalnya menjadi pilihan.Takdir sekali lagi menentukan,akhirnya aku dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada penyokong The Red Warriors.

Sememangnya aku tersangat gembira apabila terpilih menjadi tuan rumah kepada penyokong The Red Warriors ini.Laungan dan sorakan keramat " gomo kelate gomo " masih lagi terngiang-ngiang dengan jelas.Aku amat gembira,masih lagi aku ingat pada tahun lepas semasa perlawanan akhir Piala FA 2011 kerana dari sehari sebelum perlawanan dan pada hari perlawanan,persekitaran diriku menjadi merah dengan kehadiran penyokong The Red Warriors.
Penyokong The Red Warriors.Adakah ianya akan berulang lagi ?

Persekitaran aku dipenuhi dengan pelbagai ragam dari penyokong The Red Warriors.Aku sanggup untuk membuka pintu dengan seluas-luasnya bagi memberi kamu semua masuk kedalam diriku.Aku sememangnya amat bertuah kerana diberi peluang keemasan ini.Kini aku telah bersedia untuk menerima kehadiran kalian semua wahai Penyokong The Red Warriors.Biarpun ramai orang melabelkan kamu sebagai ganas,namun aku percaya dirimu akan menjagaku dengan sebaiknya.Aku bangga apabila setiap pelosok tubuhku dipenuhi oleh penyokong The Red Warriors.Perkara yang membuatkan aku terharu ialah apabila surau di badanku telah penuh,aku melihat kamu semua bersepakat untuk bersolat di perkarangan aku.Aku bangga dengan sikapmu yang tidak lupa akan ajaranNYA.Mungkin aku akan meminta pengurusku untuk memperbanyakkan surau di dalam badan aku ini.
Solat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebahagian dari penyokong The Red Warriors.

Sesungguhnya aku sememangnya dahagakan kemeriahan yang dimiliki oleh sahabatku,Stadium Sultan Muhammad IV.Denyutan nadi dan auranya membuatkan aku teringin hendak merasainya.Dahulu pernah aku suarakan untuk merasai kemeriahan penyokong The Red Warriors didalam badanku walaupun hanya sekali sahaja namun lain pula yang terjadi.Aku telah diberi peluang berkali-kali untuk menerima kemeriahan The Red Warriors.Terima Kasih kepada semua penyokong The Red Warriors yang memberi kemeriahan kepada diriku.Kesunyian yang melanda diriku ini terubat jua dengan kehadiran setiap tahun.

Aku hanyalah sebuah stadium yang sentiasa sepi,aku perlukan sorakan kemeriahan bolasepak tempatan.Badanku ini mampu untuk menampung kalian semua.Kapasiti 100,000 tempat duduk ini pastinya akan memberikan kegembiraan kepada kamu semua.Aku akan melakukan yang terbaik demi mu wahai penyokong The Red Warriors.Aku begitu sayangkan kamu.Kemeriahan sebelum perlawanan diisi dengan persembahan dikir barat oleh kamu cukup membuatkan aku terhibur.Andaikata aku dipindahkan ke Kota Bharu,pastinya setiap minggu aku akan bergembira bersama-sama dengan penyokong The Red Warriors.Mustahil aku dapat kesana.Cukuplah sahabatku yang berada disana sekarang merasainya.Denyutan nadi kemeriahan yang akan kurasa pada 19 MEI 2012 ini pastinya akan mengujakan.

Aku hanya inginkan kemeriahan seperti yang diberikan oleh penyokong The Red Warriors.Program-program yang diatur oleh kamu semua begitu menggembirakan diriku.Kemeriahan yang diberi oleh acara-acara yang tidak melibatkan The Red Warriors bagiku ianya tidak mampu menggembirakan aku.Ianya hanya sekadar kegembiraan yang biasa-biasa sahaja.

Pada 19 MEI 2012,aku merasakan akan menyaksikan sejarah baru buat The Red Warriors,menjulang Piala FA didalam badanku ini.Semoga kalian semua berjaya.Aku sentiasa merindui saat-saat ketika bersama-sama dengan penyokong The Red Warriors.Bawalah aku pulang bersama kamu semua ke Kota Bharu.

Bangkitlah wahai Pasukan dan Penyokong The Red Warriors demi menggembirakanku dan dirimu.Diriku bersedia untuk berjuang bersamamu....!!!!

Aku Hanya Sebuah Stadium Yang Sentiasa Sepi Dengan Sorakan.

Nukilan ini di gubah dari artikel asal The Red Warriors.com :


" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment