Merah Yang Membanggakan,Merah Yang Gemilang,Merah Dimana-mana !!

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, May 20, 2012 0 comments

Merah dimana-mana sahaja...!!

Ya....itulah yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 MEI 2012 yang lalu.Perasaan bangga yang tidak terhingga terbit dari dalam diri tatkala tubuh badan dibaluti oleh jersi pasukan Kelantan,The Red Warriors.Sekitar perkarangan SNBJ telah dibanjiri oleh penyokong-penyokong The Red Warriors yang mula berkampung di SNBJ seawal jam 5 pagi setelah menempuh perjalanan selama 10 jam dengan jarak lebih kurang 500km.

Bagi kami,perjalanan yang memakan masa yang lama dan memenatkan bukan halangannya.Apa yang penting adalah untuk memberi sorakan semangat dan menyaksikan sendiri detik-detik sejarah bolasepak Kelantan yang telah tercipta di SNBJ.Kejayaan pasukan Kelantan menjadi Johan Piala FA 2012 setelah menunggu hampir 22 tahun merupakan sesuatu yang bermakna.Lebih membanggakan apabila badi 22 tahun itu telah ditamatkan oleh pemain berjersi 22,Mohammed Ghaddar yang telah menjaringkan gol penalti bagi memastikan Kelantan menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan.Kelantan juga mencipta sejarah menjadi pasukan yang pertama menjulang Piala FA yang telah di tukar dari piala yang lama kepada piala yang baru yang bernilai RM80,000.00.


Kejayaan Kelantan menuju ke puncak kegemilangan bukanlah secara bersendirian,sebaliknya pasukan berjuang bersama-sama dengan penyokong yang menjadi pemain ke-12 pasukan " The 12th Warriors".Kejayaan yang dicapai oleh pasukan Kelantan ini sememangnya telah banyak menggembirakan Rakyat Kelantan Darul Naim.Terima Kasih diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana menggembirakan kami dengan seadanya.Langkah demi langkah yang disusun atur itu telah menobatkan pasukan kita,Kelantan Darul Naim gah menuju ke puncak kejayaan dalam bolasepak Malaysia.Insyaallah,jika kita mempunyai rezeki yang lain,kita akan menjadi Juara Liga Super 2012 untuk musim kedua berturut-turut.Sama-sama kita berdoa agar kemenangan terus dilakar oleh Kelantan untuk terus menuju ke puncak kejayaan dan seterusnya menawan puncak kejayaan itu.


Jika anda adalah penyokong setia The Red Warriors,anda tidak seharusnya risau untuk berada dimana-mana.Kita tidak akan keseorangan sebaliknya kita akan bersama-sama berjalan dengan rakan-rakan lain dalam misi untuk menakluki stadium-stadium lawan.Kejayaan kita sebagai pemain ke-12 The Red Warriors harus dibanggakan kerana dengan kerjasama yang telah diberi,penyokong The Red Warriors telah berjaya menawan stadium lawan untuk dipenuhi dengan penyokong-penyokong yang setia kemana sahaja pasukan beraksi.Kepada pasukan The Red Warriors,anda semua tidak keseorangan,kami senantiasa dibelakang kamu untuk berjuang bersama-sama.


Pada 19 MEI 2012,ada yang datang bersendirian,ada yang datang secara berkumpulan,ada yang berkonvoi kereta,motor dan banyak cara lagi.Apa yang pasti,tarikh keramat itu telah menyatukan kita semua.Saya sendiri telah bertemu dengan kawan yang telah lama tidak berhubung dan akhirnya pada hari perlawanan,saya dapat bertemu kembali dengan rakan yang telah terputus hubungan itu.Bolasepak di Kelantan yang telah diadun dengan sebaiknya boleh dikatakan telah berjaya menyatukan rakyat Kelantan Darul Naim.Demi pasukan The Red Warriors,idealogi politik diketepikan demi melihat kejayaan pasukan Kelantan.Pelbagai ragam rakyat Kelantan yang menyokong bolasepak Kelantan dapat dilihat.Keghairahan bergambar juga kelihatan dimana-mana sahaja.Pastinya kegembiraan yang dirasai ini adalah sekali seumur hidup.Tahun depan,2013 andaikata Kelantan berjaya memenangi sekali lagi Piala FA,ianya tidak akan serupa sama sekali dengan 2012.Perbezaan pastinya akan ketara.


Semangat yang ada dalam diri kita sebagai pemain ke-12 pasukan hendaklah dipertahankan.Jangan sesekali kita mengurangkan semangat yang ada dalam diri kita.Pastikan semangat yang ada dalam tubuh badan itu menjanakan keceriaan dan kegembiraan kepada kita semua.Penyokong Kelantan sememangnya senantiasa ceria dan gembira samada dalam stadium ataupun luar stadium.Kemana sahaja kita pergi,kita sentiasa bergerak secara kumpulan.Ini membuktikan rakyat Kelantan sentiasa bersatu hati,bersatu padu demi sebuah kejayaan.Slogan " Sek Kito Jange Pecoh " sememangnya amat sinonim dengan seluruh penyokong bolasepak Kelantan.Demi mencapai kejayaan bersama-sama,rakan-rakan tidak dilupakan.Detik-detik indah bersama hendaklah diabadikan dengan sebaiknya.

Semoga,pasukan Kelantan The red Warriors yang telah menjadi gergasi bolasepak Malaysia akan terus menghadiahkan sinar kegembiraan kepada kita sebagai pemain ke-12 The Red Warriors.Terima kasih diucapkan kepada pemilik gambar,m@tmin_SOLJAR yang sudi berkongsi gambar kenangan ini.Kepada semua pemain ke-12 The Red Warriors,teruskan perjuangan anda semua demi memartabatkan sukan bolasepak Kelantan.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment