DEMI MARUAH DAN MASA DEPAN BOLASEPAK KITA

Posted by SirRigala On Monday, April 2, 2012 0 comments

Ayuh isyaratnya sudah tiba, semboyannya telah berbunyi.... sekali tecetus maka tidak ada lagi ruang untuk berundur.... ini bukan lagi soal tentang siapa yang teraniaya, soal siapa yang betul dan siapa yang benar. Ini merangkumi soal yang lebih besar. Soal adakah FAM masih lagi relevan untuk memikul tanggungjawab mentadbir urusan bolasepak negara. Kepincangan dan kebobrokan yang dicetuskan badan ini nampaknya sudah sampai ke kemuncak. Kacau bilau dan tunggang langgan nya telah nyata sekali. 
Melihat bagaimana isu TSAM dijaja dan diuruskan begitu memualkan sekali. Terutamanya  apabila melihat yang TSAM sendiri bukanlah orang lain. Beliau merupakan orang orang kanan kedua dalam hieraki badan itu sendiri. Sekiranya orang yang berkedudukan sebegini senang lenang diperlakukan seperti itu apatah lagi yang ada pada kita? hasrat kita? dan harapan kita sebagai penyokong bolasepak negara kita.
Ini bukan lagi tentang Kelantan atau The Red Warriors semata-mata. Pada kami warna merah itu adalah simbolik kepada 'non confidence vote' kami terhadap kewibawaan yang ada pada FAM. Di dalam padang jelas warna merah memainkan peranan penting, jangan sampai kena kad merah, kali ini bukan pengadil yang akan hadiahkan kad merah, tetapi sebagai entiti yang sama turut bertanggungjawab serta mempunyai share keatas bolasepak negara biarlah kami para penyokong pula yang hadiahkan kad ini kepada badan yang gagal membawa apa-apa perubahan kepada sukan ini. Harapan kami agar akurlah dengan apa yang ingin kami sembahkan disini. Biarlah segala yang suram dan kusam berlalu, kerana masa depan yang cerah sememangnya ada untuk Malaysia, tapi bukan dengan barisan pentadbiran dan sistem yang ada sekarang.

0 comments:

Post a Comment