Himpunan Merah 404: "Polis Beri Lampu Hijau"

Posted by The12thWarriors Team On Monday, April 2, 2012 0 comments

Artikel dipetik dari : http://theredwarriors.com/

penyokongtrw1

Menjelang kurang dari 24 jam perhimpunan esok, pihak Polis yang sudah dimaklumkan secara jelas berkenaan Himpunan Merah 404 telah meluluskan dan akan memberikan kerjasama. Berikut adalah makluman daripada Mohd Khairi Yazid yang mewakili GEMPITA KELANTAN kepada seluruh pencinta bolasepak Kelantan dan Malaysia yang menghadiri perhimpunan ini esok.

Berdasarkan perbincangan dgn pihak PDRM, secara dasarnya mereka tiada halangan untuk Perhimpunan Aman Merah 404 dilaksanakan bermatlamat sekadar memberi sokongan bagi mengiringi Timb. Presiden FAM (Tan Sri Annuar Musa) yg bakal dihadapkan ke J/Kuasa Disiplin FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 4/4/2012 jam 2 petang sepertimana tertakluk pada Akta Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan perhimpunan. Walaubagaimana pun para peserta mestilah mematuhi arahan seperti berikut:-

1) Dilarang daripada membawa sebarang senjata tajam, objek yg merbahaya, senjata api, mercun, flare dan sebagainya.
2) Dilarang menaikkan poster@banner@sepanduk dan seumpamanya yang menyentuh institusi raja, sensitiviti kaum dan agama.
3) Dilarang mengeluarkan kata-kata sensitif yang menyentuh institusi raja, sensitiviti kaum dan agama.
4) Dilarang mencetuskan kekecohan, pergaduhan, mengganggu gugat ketenteraman awam dan trafik.
5) Dilarang melakukan kerosakan harta benda awam dan persendirian semasa berkumpul.
5) Hendaklah berkumpul secara aman serta terkawal.
6) Mematuhi arahan pihak berkuasa dan keselamatan dari masa ke semasa.

Pihak PDRM tidak akan beragak-agak untuk mengambil tindakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan serta arahan dari masa ke semasa daripada pihaknya. ***MINTA SEBARKAN DAN MAKLUMKAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN.

Oleh itu, semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur dan pihak berkuasa keselamatan serta tidak melakukan sebarang kerosakan harta benda awam. Kerjasama anda amat dihargai dan diharapkan untuk menjaga imej seluruh penyokong Kelantan dan Presiden KAFA. SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT YANG DIIMPIKAN.

0 comments:

Post a Comment