Piala AFC 2012 : Jom Penuhkan Stadium Sultan Muhammad IV

Posted by The12thWarriors Team On Monday, April 2, 2012 0 comments
Umum telah mengetahui,perlawanan akan datang di Stadium Sultan Muhammad IV adalah perlawanan bagi pertandingan Piala AFC diantara Kelantan FA menentang Arema FC.Perlawanan AFC ini adalah yang pertama kali akan berlangsung di Kota Bharu,Kelantan.Oleh yang demikian,semua pahlawan-pahlawan ke-12 adalah dipohon untuk memenuhi stadium bagi membuktikan kepada mereka,penyokong pasukan Kelantan juga adalah yang terbaik di rantau ini.

Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa juga menggesa seluruh penyokong bolasepak Kelantan datang memenuhi Stadium Keramat The Red Warriors,STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV.Gesaan presiden KAFA ini ada asasnya kerana pada masa inilah kita hendak menunjukkan kemampuan kita sebagai penyokong yang sentiasa boleh memenuhi stadium ketika pasukan beraksi bagi memberikan sokongan kepada pasukan memandangkan ianya akan disiarkan secara langsung oleh pihak stesen televisyen ke beberapa negara di dunia ini.



Beliau juga melalui laman sosial facebook turut mengingatkan kepada semua penyokong agar dapat menjaga disiplin diri kerana setiap objek yang dibaling masuk ke padang akan didenda oleh pihak AFC sebanyak USD5000 bagi setiap kesalahan yang direkodkan.


Sebagai penyokong yang terbaik,kita semua hendaklah menghindari diri dari melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh mengakibatkan persatuan didenda dan juga perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain mahupun diri sendiri.

Luahkan sorakan " Gomo Kelate Gomo " diiringi dengan paluan gendang yang mengasyikkan agar semangat pahlawan kita didalam padang bertambah dan seterusnya menewaskan lawan dengan bergaya.

Berikut adalah petikan dari status facebook Tan Sri Annuar Musa bersempena dengan perlawanan Piala AFC.

" Mudah2an AFC membenarkan perlawanan trw vs AREMA berlansung sebelah malam pd 4/4 ini...AMBIL PERHATIAN MATCH INI ANJURAN AFC BUKAN FAM..semua iklan dll yg bisa dipasang utk liga M/FAM tidak boleh dipasang sama sekali KECUALI PENAJA AFC...JGN ADA SEBARANG SEPANDUK ATAU BENDERA PARTI DAN JGN ADA SEBARANG BALINGAN OBJECT ATAU MERCUN..AFC MENDENDA USD5000 SETIAP KESALAHAN..KITA MAU REKOD BERSIH DGN AFC..TOLONG LUASKAN MAKLUMAN INI..tq " TSAM.

dan

" Insyaallah SIARAN LIVE diRTM 1 perlawanan TRW VS AREMA sedang diusahakan...PALING TIDAK DELAYED TELECAST...NAMUN SAYA NAK TENGOK SSMIV PENUH KERANA PERLAWANAN INI BAKAL DITONTON DIBYK NEGARA DAN DISIAR DI BERBAGAI STESYEN TV DUNIA...DATANG BERAMAI2 dgn MEMAKAI JERSEY MERAH/PUTIH KITA...dan KIBARKAN BENDERA KELANTAN/MALAYSIA/trw....GENDANG DIPALU DAN SORAKAN SEPANJANG 90 minit tanpa henti...BUKTIKAN PADA DUNIA..DI KLATE KITA NADI DAN JANTUNG BOLA MSIA TERUS BERDENYUT!! " TSAM.

Semoga,apa yang disampaikan oleh Presiden KAFA ini akan diterjemahkan dengan sebaiknya oleh kesemua penyokong-penyokong pasukan The Red Warriors.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment