Ultras Malaya Pilih Bulu?

Posted by SirRigala On Monday, January 16, 2012 4 comments

Mana perginya sokongan tak berbelah bagi yang pernah diwar-warkan, sokongan tatkala suramnya laungan dan sorakan ketika team Malaysia menjadi kejian.... mana hilang foundation sokongan sebenar Ultras, yang pada satu ketika dahulu sentiasa mengiringi Harimau Muda... sehinggakan pasukan itu bertaring dan menjadi kuasa besar bolasepak Asean masakini.
Saya pernah melihat debut Ultras beraksi dalam menyatakan sokongan tehadap Harimau Muda ketika pasukan ini mula diserapkan ke dalam liga tempatan... anak-anak muda yang cuba sebaik mungkin merahsiakan identiti mereka dalam jumlah yang boleh dikira, berbekalkan drum 'pecah' mereka berchant 45 minit separuh pertama dan kedua. Gelagat mereka ini selalunya akan dipandang sinis seterusnya diperendahkan penyokong-penyokong lawan mereka. Yang membanggakan, hatta dihina sebegitu mereka tak pernah gentar untuk hadir setiap perlawanan melibatkan Harimau Muda.
Masa berganti masa, dan mereka telah berjaya menampakkan kuasa mereka, mereka berjaya mencipta satu revolusi dan fenomena baru dalam sokongan terhadap sukan bolasepak. Mereka juga meraih populariti yang hadir bersama kejayaan Harimau Malaya yang sebenarnya bertunjangkan Harimau Muda sepenuhnya. Kesannya timbul dan lahir pelbagai ultras-ultras baru yang cuba mengangkat semangat dan identiti kenegerian masing-masing, Ultras kini bukan lagi band-band 'indi' akan tetapi mereka mula menjadi band-band 'pop'. Mereka semakin menyusuri kepopularitian.
Mendapat undangan menyaksikan perlawanan antara ATM menentang Harimau Muda B merupakan satu peluang yang tidak dapat dilepaskan.  Ada beberapa perkara yang menarik untuk saya menyaksikan perlawanan ini secara live. Tumpuan saya terarah kepada team ATM yang pada saya perlu diberikan perhatian pada musim ini. Saya ingin lihat sendiri hasil dari gabungan 'taktikal terbaik' dan 'pelaburan besar' yang sedikit sebanyak menjadi bualan peminat bolasepak tanah air. Rumusan saya pada setakat ini, memang ia menjadi!
Pada perlawanan ini juga saya dapat menyaksikan sesuatu, Harimau Muda B dibiarkan terkontang-kanting keseorangan, tiada lagi iringan sorakan seperti yang terjadi kepada 'abang-abang' mereka. Mana hilangnya pemain ke12 yang pernah suatu ketika dahulu senantiasa bersama pasukan ini, injured kah atau telah meninggalkan skuad? Tiada lagi sorakan OoOOOoOoo.... Ma..lay...sia! mungkin mereka belum panas ataupun mereka telah beku dengan kekalahan berterusan setakat nih.. pun begitu masih belum terlambat untuk menyatakan sokongan anda, kerana pada skuad ini saya dapat melihat masih banyak ruang dan peluang untuk menjadi seperti pasukan yang benar-benar mantap, apatah lagi dibahu mereka terletak beban duit cukai kita yang dibelanjakan ke atas pelaburan pasukan ini... Untuk perlawanan seterusnya, marilah kita sokong pasukan ini walaupun FAM sendiri tidak memberikan harapan yang tinggi secara tersiratnya... pada hemat saya...


4 comments:

jong tulih said...
This comment has been removed by the author.
The12thWarriors Team said...

aiisshhh...pergi tengok ATM vs HARIMAU MUDA B tak ajak saya yer..xpe...xpe...

anakmemberontak said...

kihkihkih...barangkali si ultras nih semua sibuk dengan tugasan negeri masing-masing kerana di setiap negeri juga mempunyai ultras masing-masing kalau anda tak tahu...untuk perlawanan KOMPETITIF yang meilbatkan Malaysia barulah mereka akan bergabung untuk Malaysia pada pendapat saya lah..anyway bestnya dapat undangan tengok bola..hehe..tak payah beli tiket kan..senangnya.. :-)

ultrassengkej said...

kikiki..tahniah bro kerana mula ambik tau pasal bolasepak tempatan...ultras malaya tu satu entiti gabungan dari sub ultras2 negeri..ketika liga tempatan berlangsung,semua mereka busy jadi ultras negeri masing2....rajin2 dtg tgk game liga tempatan..pasti bro akan jumpe mereka..tapi mereka membawa nama negeri..bro dari kelate kan??? pegi stadium KB tu..pasti ada mereka..bro akan dengar chants oooooo..ke..la..te..huhuhuhuhu....... dan juga jgn lupe dtg game Malaysia VS Japan(kelayakan olympic) 22/2/2012 ni...kita sama2 chants oooooo...Ma..Lay...Sia!!!!!

Post a Comment