Rentikan lah Mat!!

Posted by SirRigala On Friday, January 13, 2012 0 comments
 Parok benar doh ambo tengok permulaan bolasepak Malaysia musim nih, 'anok baru nak bertatih, tapi napoknya mok pok hok lebih-lebih'. Pun lagu tuh, fisrt ambo nok ucapkan tahniah buat pasukan Red Warriors kerana berjaya membawa 3 mato penuh dalam misi nasionalnya ke Spuro.
 Mengulas isu takdih, ambo raso kito seremo hok terlibat dengan bolasepak nih, terutamanya set-set atau golongan yang mengelarkan mereka sebagai pemimpin bolasepak baik negeri atau negara harus kembali kepada dasar dan perkara pokok atas sebab bakpo kito anjurkan permainan bolasepak nih. Kalu pok2 demo segho pasal nok memupuk perpecohan dan membawa persengketaan gak, loh gi lah pok mung....
 Tidak perlu isu sebegini dihidu dan kemudiannya diheret oleh media, wak tubik berita dan pelbagai isu walaupon napok orang yang berkata-kata itu seolah benar, akan tetapi membuko pekung kebodohan masing-masing. Tidak adakah satu bengkel ataupun taklimat khas tentang tata cara pengambilan pemain import untuk musim nih? atau wakil-wakail yang dihantar sekadar pergi bercuti dan makan angin, hingga menampakkan nipih benar tahap profesionalisme dikalangan persatuan-persatuan bolasepak negeri nih.
 Dan dirasakan juga FAM bukan hanya perlu sekadar menyatakan dan menetapkan dasar serta peraturan-peraturan untuk pengambilan pemain import nih, mereka perlu lebih transparent dengan menyertakan rasional dan intipati disebalik setiap syarat yang dinyatakan...
 Kalau baghe bulih settle anok beranok jah gak... tok soh lah sampai nok canang sano-sinih, kalu biso sangat gak, segho gedebe benar buat gi lah liga haram serupo di negara jiran tuh, jadi senasib Azmi Muslim ko sapo ko dengan Safee Sali...
 Tegasnya, bolasepak adalah satu plaform untuk  meningkatkan perpaduan, atas dasar lagu mana dan bagaimana... hok tuh kito letok atah bahu kita sendiri, para penyokong, pemain dan pasukan, pimpinan bola peringkat negeri dan nasional, dan seterusnya pihak yang mencari makan dengan publisiti dan kontroversi MEDIA..... Bola Siapa Kalau Bukan Bola Kita!!!

0 comments:

Post a Comment