Kenapa Saya Suka The Red Warriors ?

Posted by The12thWarriors Team On Monday, January 16, 2012 0 comments

Sebagai seorang rakyat kelantan,semangat sayang dan cintakan negeri sendiri sudah semestinya tersemat dalam diri.Pada kali ini,saya ingin memperkatakan tentang tajuk " Kenapa Saya Suka The Red Warriors ? ".

The Red Warriors,umum telah mengetahui ianya adalah sebuah pasukan bolasepak yang berpengkalan di Kota Bharu,Kelantan Darul Naim.Pasukan bolasepak ini telah melalui pelbagai transformasi sehingga berjaya mengharumkan nama negeri Kelantan Darul Naim di persada bolasepak negara Malaysia.Kemunculan pasukan The Red Warriors ini sedikit sebanyak telah mengembalikan kemeriahan bolasepak tempatan dalam perebutan Piala Juara Liga Super,Piala Malaysia dan juga Piala FA.

The Red Warriors juga mempunyai penyokong-penyokong yang fanatik.Hujahan saya ini disokong dengan kehadiran ribuan pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors ini samada di stadium home mahupun away.Kehadiran ramai pahlawan-pahlawan ke-12 The Red Warriors sememangnya telah menghadirkan perasaan cemburu di kalangan sesetengah penyokong pasukan lain.Kenapa kami boleh penuhkan stadium lawan?Ini semua kerana sikap ukhuwah dan semangat setiakawan dalam menyaksikan pasukan negeri kami berjaya telah menyatukannya tanpa mengira perbezaan warna kulit,politik mahupun sosio-ekonomi demi memberi sokongan padu kepada pasukan The Red Warriors.Itulah jawapan kenapa saya suka The Red Warriors.

Selain itu,The Red Warriors juga mempunyai pemain-pemain berstatus bintang,contohnya Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha.Kehadiran pemain ini dalam skuad The Red Warriors juga tidak dinafikan berjaya meningkatkan kepopularitian pasukan The Red Warriors.Kedua-dua pemain ini adalah penyarung jersi kebangsaan,Malaysia.Mereka berdua ini sedikit sebanyak telah mempromosikan pasukan Kelantan The Red Warriors di persada antarabangsa.Terima Kasih diucapkan.

Itu hanyalah sedikit sebanyak sebab-sebab kenapa saya suka The Red Warriors.Apa yang pasti,pembaca-pembaca sekalian sudah semestinya mempunyai sebab-sebab yang tersendiri.Kiranya untuk menulis dan menyatakan disini,pastinya entry ini akan menjadi panjang lebar dan mungkin akan membosankan pembaca.Jika pembaca-pembaca sekalian ingin menyatakan atau berkongsi sebab " Kenapa Saya Suka The Red Warriors ? " anda semua bolehlah kiranya dengan meringankan jari jemari untuk menurunkan komen di bawah entry ini.Sama-sama kita kongsikan.
" Gomo Kelate Gomo...!!! "

0 comments:

Post a Comment