TRW,Blackburn bakal bekerjasama

Posted by The 12th Warriors On Saturday, December 29, 2012 0 comments



              Bukan sekadar makan angin,sebaliknya percutian Tan Sri Annuar Musa ke London berkemungkinan bakal membuka satu lagi laluan buat pasukan kelantan menjulang nama di persada antarabangsa.



Bertemu dengan penasihat global kelab divisyen satu England,Blackburn Rovers,Serbegeth atau Shebby,Annuar dalam status Facebooknya berkata : "The Red Warriors dan Blackburn akan memeterai satu kerjasama sejarah.Kerjasama itu meliputi empat bidang,pinjaman dan pertukaran pemain,kerjasama dengan BBRFC FB Academy dan Army termasuk penghantanran pasukan remaja berlatih di England,program melatih jurulatih dan bantuan pakar teknikal dari kelan Rovers".


Turut memuat naik gambarnya bersama bekas kapten pasukan Kuala Lumpur yang menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989 itu,Annuar berkata,melalui perbincangan yang diadakan,Shebby dikatakan akan menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif TRW.com,Kevin untuk melaksanakan kerjasama tersebut dengan seta merta.

Sekiranya kerjasama tersebut berjaya dilakukan,TRW akan menjadi pasukan tempatan pertama yang mengadakan kerjasama dengan kelab tersebut

0 comments:

Post a Comment