Mandjou ganti Ghaddar

Posted by The 12th Warriors On Saturday, December 29, 2012 0 comments


      Segala persoalan terjawab akhirnya apabila Ketua jurulatih Kelantan,Bojan Hodak memilih bekas penyerang Guinea,Keita Mandjou sebagai pengganti Ghaddar sebagai penggampur baharu skuad The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia musim depan.



      Pemilihan Mandjou itu sekaligus mengetepikan peluang Dimitrios Petratos,penyerang pinjaman dari Sydney Fc dari Australia untuk didaftarkan dalam skuad Kelantan dalam saigan liga tempatan musim depan.

     Hodak berkata,beliau dan barisan jurulatih membuat pemilihan dengan teliti termasuk mengambil kira kekuatan pasukan bagi meneruskan misi mempertahankan kejuaraan treble pada musim depan.

    "Keita memiliki pakej yang lengkap sebagai penyerang import berkaliber Kelantan.Saya puas hati dan tiada keraguan memilih beliau sebagai pengganti Mohamad Ghaddar.Namun dia perlu bekerja lebih keras dan perlu meningkatkan prestasi.Tiada istilah menumpang dalam pasukan dan saya tidak teragak-agak akan mengantikan beliau jika prestasinya tidak memuaskan pada jendela perpindahan pemain dibuka awal April nanti"

     Selain Mandjou,seorang lagi pemain import yang didaftarkan untuk liga Malaysia musim depan ialah Obina Nwaneri yang beraksi di bahagian pertahanan.Manakala Petratos dan seorang lagi awang import dari Crotia,Lek Kcira pula akan beraksi dalam saingan Piala AFC sahaja.

0 comments:

Post a Comment