The President Warriors : 80% Muka Baru Mewarnai Pasukan Piala Presiden Kelantan 2013

Posted by The12thWarriors Team On Wednesday, December 19, 2012 3 comments

" The Presiden Warriors " itulah jolokan nama yang diberi untuk pasukan Piala Presiden Kelantan.Umum mengetahui,ramai yang tidak berminat untuk mengambil tahu tentang pasukan ini.Pada tahun 2013,pasukan TPW ini sekali lagi akan bersaing dalam saingan Piala Presiden.Skuad Presiden ini seharusnya diberi perhatian agar ramai bakat-bakat muda skuad presiden ini akan terus menyinar dan menjadi aset kepada skuad senior,TRW.

Menurut pengurus pasukan piala presiden,En Yusri,pada tahun 2013 pasukan akan mengetengahkan hampir 80% muka baru yang dipilih dari setiap jajahan di negeri Kelantan dalam sesi pemilihan pemain baru-baru ini.Pada hari ini juga,pemain-pemain yang telah terpilih akan menandatangani kontrak di Wisma KAFA pada jam 4 petang nanti.Senarai lengkap pemain-pemain ini akan diumumkan dalam masa terdekat selepas majlis menandatangani kontrak selesai.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan yang berada di Lembah Klang,Pasukan Piala Presiden Kelantan akan berada di Lembah Klang untuk aksi perlawanan persahabatan dan sesi latihan pasukan dari 6 hingga 20 Januari 2013.Perlawanan pertama pasukan presiden kelantan ini akan bermula pada 30 Januari 2013.Jadual dan info-info lain akan kami maklumkan kemudian nanti.

Buat semua pemain ke-12 Kelantan,marilah kita sama-sama menyokong Pasukan Piala Presiden Kelantan kita untuk kembali mengecapi kejayaan seperti tahun 2011 dimana pasukan piala presiden kita telah menjadi juara.Gomo Presiden Warriors Gomo...!!!

" satu matlamat...satu sorakan...gomo kelate gomo... "

3 comments:

ABAM said...

main pade mano admin

The12thWarriors Team said...

Pade dan tempat...akan diumumkan kemudian nanti...pihak admin juga sedang menunggu berita dari tuan manager TPW...

ABAM said...

okey mr admin

Post a Comment