SUKMA PAHANG 2012 : Kelantan Seri Dengan Negeri Sembilan

Posted by The12thWarriors Team On Thursday, July 5, 2012 0 comments

Pasukan muda Kelantan hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1 - 1 dengan Negeri Sembilan sebentar tadi.Itulah keputusan yang dihantar oleh pengurus bolasepak sukma Kelantan,Encik Yusri kepada pihak The12thwarriorsTeam.Keputusan yang dicatatkan ini sudah semestinya menutup perjuangan Kelantan untuk merangkul pingat emas sukma.

Walau apa jua keputusannya,pasukan Kelantan telah melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini.Pada 8 Julai ini,pasukan Kelantan akan bertemu dengan pasukan Melaka untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan D untuk perlawanan ke 17 sukma..Perlawanan ini akan diadakan pada jam 8.00 pagi di Stadium Darul Makmur,Kuantan,Pahang.

Semoga perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini akan memberi kemenangan kepada pasukan Kelantan.Kepada anda semua yang berhampiran,marilah sama-sama kita memberi sokongan kepada pemain muda kita untuk menaikkan semangat mereka sekaligus dapat mencipta kemenangan di arena bolasepak sukma pahang 2012.

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment