FAM TIDAK BERHAJAT UNTUK MELAKUKAN UPACARA MENJULANG PIALA DI VENUE DIMANA KEMENANGAN DISAHKAN?

Posted by The12thWarriors Team On Thursday, July 5, 2012 0 comments



Masihkan anda semua ingat tarikh keramat Kelantan menjulang Piala Liga Super kali pertama? Hehehehhe, untuk makluman kita semua tarikh keramat itu adalah pada 8 Julai 2011. Pun begitu majlis ini penganugerahan piala dan cek Mock ini telah berlangsung di wisma FAM. Selepas Kelantan memastikannya dengan menewaskan Sabah. Bersandarkan faktor jaraknya ketika itu dan Sabah sebagai tuan rumah perlawanan, maka wajarlah upacara itu dilakukan di Kuala Lumpur.

Tahun ini seakan sudah pasti Kelantan sekali lagi akan merangkul kejuaraan ini, menerima nasib sama seperti Sepanyol, mengekalkan kejuaran secara berturut-turut. Hebatnya… andai ditakdirkan menang menentang Perak pada perlawanan sabtu ini Kelantan akan ditabalkan terus sebagai Juara walaupun masih berbaki dua perlawanan. Satu peningkatan yang baik untuk pasukan. Seluruh bala tentera Red Warriors kini sudah yakin, kita akan memenangi perlawanan ini dan berpesta untuk meraikannya.
Cuma…. Yang tidak sedap untuk kita dengar adalah desas-desus yang terbaru mengatakan yang FAM yang juga merupakan penganjur kejohanan Liga Malaysia ini tidak mahu melakukan upacara penyerahan dan menjulang piala di venue di mana kejuaraan itu disahkan. Berdasarkan maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai ianya bukan hanya melibatkan Liga Super, bahkan juga untuk Liga Perdana. Alasan yang dikemukan adalah kerana faktor ramai pegawai-pegawai FAM ketika ini terlibat dengan SUKMA di Pahang.

Oleh yang demikian,peminat dan penyokong tidak akan disajikan dengan pesta dan kemeriahan sebagaimana anda saksikan di Liga-liga tersohor dunia. Upacara ini hanya akan dikongsi dengan segelintir sahaja.. maka jadinya akan terkulat-kulatlah penyokong sebenar/sejati yang berjuang bermatian-matian di stadium untuk menyaksikan detik keramat lagi bersejarah ini. Soalnya di sini siapa sebenarnya dalang yang bertindak menghapuskan kemeriahan sukan bolasepak Negara. Andai ini benar terjadi… satu lagi sebab kenapa FAM itu sudah tidak relevan.

Pun begitu bala tentera pahlawan merah perlu hadir ke stadium SMIV malam sabtu nih, tanpa rasa was-was…Pasukan kita memerlukan semangat dan sokongan dari kita semua,penuhkan stadium keramat itu sekali lagi dengan lautan Merah. Kekalkan kemeriahan seperti yang sedia ada. Kerana seluruh dunia sebenarnya sedang menyaksikan kehebatan kita.
Kemah Demo Kemah Kawe Kemah berlako-lako.........

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment