LIGA MALAYSIA : Minggu Sang Juara

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, July 8, 2012 0 comments

Terjawab sudah pasukan manakah yang akan mengungguli carta Liga Malaysia 2012.Carta Liga Super 2012 sekali lagi menjadi hak milik pasukan Kelantan Darul Naim manakala Liga Perdana 2012 diungguli oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia.


Apa yang menarik,kedua-dua sang juara ini telah dinobatkan dalam minggu yang sama.Kemampuan pasukan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia mengungguli carta liga yang dipertandingkan bualan banyak pihak.Bagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia,kemenangan mereka menjadi juara liga perdana telah menamatkan tempoh 23 tahun untuk bersaing di liga elit negara.Pada tahun 2013 pasukan Angkatan Tentera Malaysia akan beraksi di Liga Super,liga yang paling utama di Malaysia.

Bagi pasukan Kelantan pula,kejayaan ini adalah begitu bermakna kerana dapat mempertahankan kejuaraan liga super buat kali kedua berturut-turut setelah memenanginya buat kali pertama pada saingan 2011.Keupayaan Kelantan menjadi juara buat kali kedua ini juga adalah berkat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak baik dari segi pihak pengurusan,pemain dan juga penyokong.Kejayaan Kelantan mengungguli carta liga super buat kali kedua ini juga dilihat dapat menutup mulut sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Kelantan ini hanyalah sebuah pasukan " mee segera " dan pasukan Kelantan ini akan jatuh merudum akibat kenaikan prestasi secara mendadak.Hakikatnya,Kelantan telah ditaja oleh sebuah syarikat mee segera berjenama MAMEE.

Semoga,kemenangan kedua-dua pasukan ini iaitu Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia akan terus mewarnai persada bolasepak negara.Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia dilihat sangat rapat mungkin kerana barisan pengurusan,kejurulatihan,pemain mahupun penyokong adalah orang Kelantan.Asa Kelate....Bereh Jaaahhhhh....!!

" Gomo Kelate Gomo....Gempur ATM Gempur "

" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment