Kelantan Mara Ke Final...!!!

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, May 1, 2012 2 comments


Alhamdulillah,syukur kehadrat ilahi,pasukan kesayangan kita,Kelantan Darul Naim telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA untuk bertemu dengan Sime Darby FC.Kejayaan ini begitu bermakna dan hadiah yang terbaik buat semua penyokong yang bertandang ke Stadium Darul Aman dan penyokong yang berada di seluruh Malaysia.

Kejayaan ini pastinya menggamit memori semua penyokong dimana,Kelantan pada tahun lalu telah beraksi di final Piala FA menentang pasukan Terengganu namun pada tahun ini Kelantan akan bertemu dengan sebuah pasukan kelab,Sime Darby FC.

Dua gol pada separuh masa kedua memastikan Kelantan layak ke final mengikut perkiraan jaringan ditempat lawan.Pada suatu ketika Kelantan ketinggalan 2 - 0 dengan kiraan aggregat 3 - 1 namun,semangat juang yang dimiliki oleh pahlawan merah ini nyata sukar terpadam dan memadam defisit gol yang diperolehi oleh Kedah.Gol hasil tandukan Obinna Nwaneri telah memberi semangat kepada pemain untuk terus mengejar dan hasilnya,Ghaddar yang tidak dikawal telah mendapat bola dan menyudahkan jaringan itu untuk mengikat kedudukan menjadi 2 - 2 secara aggregatnya 3 - 3.

Beberapa peluang yang diperolehi oleh Kedah nyata menggusarkan penyokong The Red Warriors,namun begitu ketangkasan yang ditunjukkan oleh Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol pasukan Kelantan berjaya menangkis dan menghalang percubaan dari Kedah.

Kejayaan mara ke final ini adalah peluang yang terbaik buat Kelantan untuk membawa pulang Piala FA ke bumi Cik Siti Wan Kembang buat pertama kali.Syabas diucapkan kepada semua pemain,pengurusan,penyokong dan semua pihak yang telah menyokong pasukan Kelantan selama ini tanpa berbelah bahagi.Semoga kejayaan mara ke final pada tahun ini akan berjaya membuahkan hasil untuk Kelantan merangkul Piala FA dan membawa pulang Piala ke bumi Negeri Kelantan.



" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

2 comments:

Anonymous said...

kemahhhhhhh...........

The12thWarriors said...

Syukur kehadrat ilahi....terima kasih ghaddar kerna memberikan gol penyamaan.....jersey 22 = 2-2 = 3-3

Post a Comment