Kami Telah Tiba : Penyokong The Red Warriors...!!

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, May 1, 2012 0 comments
Kami telah tiba....Penyokong-penyokong The Red Warriors samada dari Kelantan,Lembah Klang mahupun selatan semenanjung telah tiba di bumi Negeri Kedah Darul Aman.Kebanyakan dari mereka-mereka ini telah bertolak seawal jam 12.00 tengah malam lagi.Apa yang membanggakan kita,walau dimana jua pasukan Kelantan beraksi,penyokong-penyokong setia tetap hadir bagi menjadi pemain ke-12 pasukan dalam usaha menaikkan semangat juang pasukan menghadapi perlawanan yang getir.

30,000 keping tiket yang diperuntukkan untuk perlawanan malam ini telah habis dijual dan difahamkan 5,000 keping dari tiket yang diperuntukkan itu adalah milik penyokong pasukan The Red Warriors.Kehadiran penyokong-penyokong The Red Warriors dalam jumlah yang ramai ini telah membuktikan bahawa mereka semua mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berjuang bersama-sama pasukan.Walaupun terpaksa berhabis wang ringgit,selagi kudrat terdaya,mereka ini pastinya akan hadir bertandang ke gelanggang lawan.

Apa yang pasti,penyokong Kedah dan Kelantan malam ini akan berpadu suara bagi menyokong pasukan masing-masing.Sorakan yang dilaungkan,sorakan yang dilontarkan pastinya akan memberi semangat juang kepada pemain kedua-dua pasukan.Pada perlawanan separuh akhir pertama di Kota Bharu,penyokong pasukan Kedah telah menerima layanan yang baik dari pihak penyokong Kelantan.Dan pada masa ini,perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman malam ini,penyokong pasukan Kelantan pula telah menerima layanan baik dari penyokong Kedah.Gambar dibawah menjadi bukti akan layanan baik yang diberikan oleh penyokong Kedah.Tiada provokosai dilemparkan sebaliknya,mereka riang bergambar dengan penyokong Kelantan dari rombongan bas GEMPITA.

" Gomo Kelate Gomo + Pulun Kedah Pulun "





0 comments:

Post a Comment