Optimis Terhadap Pasukan,Kegembiraan Pasti Menjelma

Posted by The12thWarriors Team On Sunday, March 25, 2012 0 comments

PIALA FA......Salah satu piala yang menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.Piala FA Malaysia merupakan pertandingan yang menggunakan format kalah mati pada pusingan pertama dan pusingan kedua.Memasuki suku akhir,pertandingan ini akan dijalankan secara timbal balik sehingga ke peringkat separuh akhir dan seterusnya pemenang separuh akhir ii akan terus berentap di perlawanan akhir untuk merebut piala kejuaraan,PIALA FA.

Piala FA musim 2012 sekarang telah memasuki peringkat suku akhir II.Kelantan adalah salah satu pasukan yang berjaya menempatkan diri di suku akhir piala fa.Bagi rakyat Kelantan yang juga penyokong bolasepak Kelantan,sokongan yang mereka berikan tidak ternilai harganya.Tidak dinafikan,sokongan yang mereka berikan ini telah menyebabkan mereka berhabis wang ringgit,masa dan tenaga demi menyokong pasukan bolasepak Kelantan.

Pengorbanan yang dibuat oleh penyokong-penyokong Kelantan ini pastinya ingin diraih dengan kejayaan menjulang Piala.Oleh yang demikian,diharapkan setiap pemain mempamerkan satu permainan yang bertenaga,menarik dan bermutu demi membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh semua penyokong.

Sikap optimis penyokong Kelantan terhadap pasukan sendiri diharapkan dibalas dengan detik kegembiraan pada masa akan datang.Sikap penyokong-penyokong Kelantan yang gemar mengkritik pasukan ada baiknya.Kritikan yang dilemparkan itu diharap mampu membawa perubahan besar kepada pasukan dan memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang berkuasa agar sentiasa juga mendengar luahan hati penyokong.Kadangkala tindakan mereka ini ada kebenarannya.Mereka melakukannya kerana setiap dalam diri penyokong Kelantan ini mempunyai semangat kasih dan cintakan bolasepak negeri begitu menebal di hati sanubari mereka.Kesungguhan mereka ini terbukti apabila sanggup untuk berkelana ke sabah dan sarawak demi memberikan sokongan kepada pasukan negeri tercinta,Kelantan Darul Naim.

Bagi edisi Piala FA 2012,diharapkan pasukan Kelantan akan berjaya membawa pulang Piala FA dimana pada tahun 2011,Kelantan telah menjadi Naib Juara Piala FA 2011 apabila tewas kepada Terengganu pada perlawanan akhir.Diharapkan juga kepada pemain ke 12 Kelantan,anda semua menjaga tingkahlaku semasa di stadium,tanamkan dalam diri sikap optimis terhadap pasukan Kelantan Darul Naim.Sikap optimis ini sekurang-kurangnya akan memberikan semangat kepada anda semua untuk terus berada di stadium dan berdiri bersama pasukan,jatuh bersama pasukan demi nama negeri KELANTAN DARUL NAIM..................Sebagai pemain ke 12 juga,kita harus memastikan,STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL akan terus ditawan oleh Tentera Merah THE RED WARRIORS...!!
" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment