KELANTAN MUDAH MEMBENAM CABARAN KL SPA FC

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, March 27, 2012 0 comments






Seperti di jangka,Kelantan mudah untuk membenam cabaran KL SPA FC dalam saingan Piala FA dihadapan penyokong setia The Red Warriors yang memenuhi hampir 80% tempat duduk di Stadium Sultan Muhammad IV.Pada awal minit permainan lagi,Kelantan telah mengasak kubu KL SPA FC pada minit pertama menerusi Nurul Azwan Roya namun percubaan beliau berjaya di tepis oleh penjaga gol KL SPA FC,Nuraizat.

Aksi bertenaga yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan di awal babak separuh masa pertama menyaksikan permainan berjalan rancak setelah kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.Norfarhan hampir-hampir menjaringkan gol hasil hantaran yang diterima dari Nwoha.

Gol pertama Kelantan hadir pada minit ke 16 hasil jaringan Nor Farhan yang menyempurnakan bola muntah setelah rembatan Nwoha berjaya di tampan oleh penjaga gol KL SPA FC.Stadium Sultan Muhammad IV bergema dengan sorakan gol.Kelantan terus menggandakan asakan ke kubu KL SPA FC dan pada minit ke 24,Chanturu hampir-hampir berjaya meletakkan Kelantan mendahului 2 - 0 namun percubaan beliau berjaya di selamatkan oleh penjaga gol KL SPA FC,Nuraizat.

Kelantan banyak mengasak ke kubu pelawat namun beberapa percubaan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol KL SPA FC.Beberapa gerakan serangan Kelantan juga berjaya dipatahkan oleh pertahanan KL SPA FC apabila berjaya membuat perangkap offside dengan baik sekali.Menghampiri minit-minit akhir babak pertama,KL SPA FC hampir menjaringkan gol,namun percubaan satu lawan satu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan,Shahrizan.KL SPA FC dilihat banyak melancarkan serangan di sebelah kanan pintu gol Kelantan namun beberapa peluang untuk menjaringkan gol berjaya dinafikan oleh kecemerlangan Shahrizan yang bijak menjaga gawangnya dari dibolosi oleh KL SPA FC.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan Kelantan mendahului KL SPA FC dengan jaringan 1 - 0 hasil jaringan Norfarhan.Kedudukan aggregat semasa Kelantan 4 - 0 KL SPA FC.

Bermula babak separuh masa kedua Kelantan mengasak kubu KL SPA FC melalui serangan Chanturu namun rembatan beliau tersasar dari pintu gol pelawat.Pada minit ke 53,Kelantan telah membuat pertukaran dengan memasukkan Daudsu dan mengeluarkan Farisham.

Pada minit ke 66,Nwoha telah dijatuhkan dalam kotak penalti KL SPA FC dan beliau sendiri telah mengambil sepakan penalti itu.Namun begitu,sepakan penalti Nwoha tidak berjaya menghasilkan gol apabila sepakannya sekadar menggegar tiang gol pasukan pelawat sekali gus menafikan beliau untuk mencipta nama selaku penjaring gol pasukan Kelantan.Walaubagaimanapun,kekecewaan Nwoha terubat jua apabila menjaringkan gol kedua pasukan Kelantan pada minit ke 71 meletakkan Kelantan didepan mendahului 2 - 0 dengan aggregat 5 - 0.Nwoha telah dilayangkan kad kuning setelah membuka baju semasa meraikan jaringan golnya.

Kelantan membuat pertukaran seterusnya apabila mengeluarkan Nurul Azwan Roya dan menggantikannya dengan Shahiran,pemain dari skuad Piala Presiden 2012.KL SPA FC tidak berputus asa dengan sesekali melancarkan serangan ke pintu gol Kelantan namun impian untuk KL SPA FC membolosi gawang Kelantan berjaya dinafikan oleh Shahrizan.

Pada minit ke 90,percubaan pemain gantian Kelantan,Shahiran hanya singgah di penjuru palang gol sekaligus menafikan gol untuk Kelantan.3 minit masa tambahan telah diberikan oleh pengadil.Corak permainan yang menarik ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan telah berjaya menghiburkan penyokong yang hadir.

Perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV telah berakhir dengan keputusan Kelantan menewaskan KL SPA FC 2 - 0 namun secara aggregatnya,Kelantan telah membenam cabaran KL SPA FC 5 - 0.Kecemerlangan penjaga gol Kelantan,Shahrizan telah berjaya menafikan banyak percubaan dari penyerang KL SPA FC.


TAHNIAH diucapkan kepada Kelantan kerana berjaya melayakkan diri untuk ke peringkat Separuh Akhir Piala FA bertemu dengan Kedah.TAHNIAH dan TERIMA KASIH juga diucapkan kepada semua penyokong The Red Warriors yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan.Gomo Kelate Gomo......!!!!


" Satu Matlamat,Satu Sorakan...Gomo Kelate Gomo...!! "

0 comments:

Post a Comment