Kejohanan AFC Cup Satu Kerugian Kepada Perbadanan Stadium dan Kerajaan Negeri

Posted by penulis bebas On Tuesday, February 28, 2012 2 comments



Alangkah malang, apa yang di hajati sekalian rakyat penyokong dan penonton the red warriors untuk melihat aksi perlawanan antarabangsa di peringkat Asian terkubur gara gara masalah stadium. telah lama perkara ini di bangkitkan dan diajukan oleh pihak pengurusan KAFA kepada pihak PERBADANAN STADIUM KELANTAN (PSK).

apa yang di utarakan oleh kafa bukan dalam seminggu dua, malah dari habisnya liga super musim 2011 di mana kelantan selaku pasukan yang menjuarai liga super secara otomatik layak ke saingan piala AFC, memanglah piala ini tidak segah ACL, UCL mahupon BPL, tapi secara tidak langsung, ia amat banyak menaikkan imej kelantan di persada antarabangsa. dari tidak di kenali, mula di sebut sebut sebagai antara pasukan yang akan layak ke peringkat seterusnya di saingan AFC.

alangkh rugi, 2012 yang di canang canang sebagai tahun melawat kelantan di abaikan begitu sahaja, tidakkah kerajaan negeri sedar akan hal ini, dengan kedatangan pasukan pasukan asian lain ke negeri kita, dari indonesia, dari vietnam, dari hongkong, bukan kah ini memberi impak dari segi kedatangan pelancong ke negeri kelantan?

sepatutnya, apalah sangat memberi khidmat yang baik kepada 'anchor tenant' stadium iaitu KAFA, keutamaan dengan menambahbaik kemudahan kemudahan sedia ada di stadium, bukan menidakkan sumbangan yang telah dilakukan.

lupakan sahaja isu scoreboard, kerana sedia maklum, isu yang berlarutan sejak sekian lama turut merupakan mainan mereka mereka yang berkepentingan.

tidakkah PSK sedar, berapa banyak keuntungan yang diraih setiap kali perlawanan utama liga berlangsung, bukan sedikit, paling kurang beberapa puluh ribu di kaut perbadanan stadium melalui sewaan stadium, lupakan saja isu selenggaraaan bangunan, kerana isu selenggaraan banggunan telah dikutip melalui sewaan kepada syarikat syarikat dan pekedai pekedai di bawah selian psk.

bukan tiap tiap bulan kita nak tukar lampu limpah, setidak tidaknya, pendekatan proaktif perlu di lakukan oleh pihak PSK, lupakan saja sengketa dan masalah dalaman antara kafa dan psk.

jika berniaga, buatlah cara berniaga, kehendak penyewa utama perlu di utamakan, tidakkah menjadi kerugian sekiranya lokasi lokasi pertandingan yang sepatutnya di langsungkan di kota bharu di pindah ke lokasi lain. adakah memberi untung kepada negeri lain lebih baik dari negeri sendiri?

alangkah malang, peluang di depan mata di buang begitu sahaja oleh kerajaan negeri kelantan melalui psk.
berniaga mau, keluar modal tak mau,

sekiranya benar dan nyata pembinaan stadium baru yang di usahakan oleh tsam melalui al sultan kelantan menjadi nyata, mungkin ketika itu barulah kerajaan negeri sedar, betapa usaha yang di lakukan kafa sekarang ini bukannya perjuangan politik. tetapi lebih kepada memberi penghormatan kepada semua penyokong dan mereka yang mendokong pasukan bolasepak kelantan.

semoga pihak psk terus sedar dari lena yang panjang,

2 comments:

gila said...

sep demo tu keno LIPAT ko nuar muso,,,stadium ganu buleh lulus AFC..kelate x leh..??hahahhahaha

penulis bebas said...

setelah sekian lama sewaan stadium dari kafa memberi pendapatan tinggi kepada psk, leps ni makin kure la kantung..

Post a Comment