Satu Matlamat

Posted by penulis bebas On Wednesday, January 11, 2012 2 comments
Melihat kepada suasana sokongan yang masih tidak selari dan seakan berpuak puak semasa menyokong pasukan RED WARRIORS beraksi di atas padang, timbul idea untuk menyatukan suara sokongan sesama penyokong di dalam stadium, hasil kesepakatan antara kelab kelab penyokong di lembah kelang, terdiri dari
The Red Warriors Malaysia, Kelate.Net, TRW Lembah Klang, TRW KLIA, The Red Knight dan banyak lagi telah sebulat suara untuk mencuba mereliasasikan hasrat tersebut.

Untuk pengetahuan semua, usahasama ini telah di gerakkan di akhir musim 2011 lagi, di mana ada antara rakan rakan kita dari lembah klang telah mencuba untuk meelaksanakannya sewaktu perlawanan di pasir gudang antara Johor FC dan Kelantan, Negeri Sembilan melawan Kelantan, dan di Sabah, perlawanan terakhir liga super musim 2011. Namun, segala perancangan rapi yang di buat tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya, kerana tidak semua penyokong yang hadir ke stadium mengetahui rancangan yang ingin dilaksanakan.

Untuk tahun 2012, permulaan untuk melaksanakan apa yang telah di rancang ini telah membawa kepada perjumpaan secara formal di kalangan penyokong penyokong di lembah klang, satu perbincangan rapi telah di adakan bertempat di Shah Alam.

Perancangan untuk menjadikan pentas perlawanan Sumbangsih antara Kelantan menentang Negeri Sembilan sebagai permulaan untuk tahun 2012 semakin menjadi kenyataan, bilamana semua yang hadir telah sepakat untuk melaksanakannya.

Semasa perlawanan berlangsung, kesungguhan penyokong kita untuk merealisasikan harapan ini telah dilaksanakan dengan semangat yang tinggi... Namun, mungkin kerana masih ramai yang tidak mengetahui akan idea ini, apa yang di rancanakan sedikit terencat. Tidak semua penyokong menyedari apa pembaharuan yang sedang kita semua bawakan..

InsyaALLAH, semoga selepas ini, dalam perlawanan perlawanan yang kan datang. kita semua mampu menggerakan dan mampu membawa perubahan kepada suasana menyokong untuk pasukan RED WARRIORS kita.

2 comments:

Post a Comment