The Fortress : Stadium Sultan Muhammad V

Posted by The12thWarriors Team On Tuesday, January 24, 2012 0 comments

" THE FORTRESS " Nama gelaran bakal stadium baru The Red Warriors,Stadium Sultan Muhammad V.

Apabila melihat gambar-gambar stadium yang telah diupload oleh Tan Sri Presiden KAFA,terdetik perasaan bangga sebagai rakyat kelantan untuk memiliki sebuah stadium yang begitu indah dan lengkap dengan prasarana seperti di dalam gambar.Jika perkara ini menjadi kenyataan,maka akan terciptalah satu sejarah bolasepak negara dimana pasukan negeri pertama di MALAYSIA yang memiliki stadium khusus untuk perlawanan bolasepak.

Semoga,dengan kehadiran stadium baru ini di bumi Cik Siti Wan Kembang,ianya akan menyemarakkan lagi semangat sukan di negeri Kelantan khususnya dalam sukan bolasepak.Berikut dipaparkan petikan ayat dari Facebook Fan Page Tan Sri Annuar Musa untuk bacaan bersama.

" Admin: Ini perspective dari dalam stadium. Tempat duduk akan bewarna merah putih, seiring dengan warna negeri Kelantan.

Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita.

Tempat duduk semua adalah individu (ada nombor tempat duduk) dan berbumbung.

Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah.

Lagi satu, stadium dah buat molek, bertaraf antarabangsa jadi penonton pun kena bertaraf antarabangsa. Jangan melontarkan objek ke dalam padang. Tempat duduk dekat dengan padang dalam stadium baru, Kalau pekong botol lagi, parok la wei! Jadi mulai sekarang, penyokong semua mula hentikan perbuatan melontarkan objek ok?

Kita akan teruskan usaha dan doa. Insya Allah kita akan jayakan usaha ini tak lama lagi. Untuk Kelantan kita! Set kito jange pecoh! "

Sebagai rakyat negeri Kelantan Darul Naim,kami berbangga jika hasrat murni untuk memiliki stadium ini menjadi realiti.Apa yang penting,ianya bukan fantasi,ianya harus diterjemahkan ke alam realiti.Bersama-samalah kita berganding bahu untuk memahat sejarah,mencipta kegemilangan.Gomo Kelate Gomo..!!

0 comments:

Post a Comment