Be Professional!!!

Posted by SirRigala On Saturday, January 21, 2012 0 comments

 Akhirnya tercetus jua, ensiden keganasan pertama untuk liga Malaysia musim 2012 tlah mula tercetus seawal perlawanan ke 4. Mujurnya ia tidak berlangsung di Kota Bharu dan bukan keatas kita yang umumnya melabelkan sebagai penyokong yang tidak berdisiplin. Bukan giliran kita yang sentiasa duduk di kandang orang salah.
 Umum dapat melihat insiden yang berlaku STAR of Paroi yang tercetus selepas perlawanan antara tuan rumah,  Negeri 9 melawan Felda United yang berkesudahan Negeri 9 menewaskan Felda deangan jaringan tipis 1-0. Insiden ini katanya melibatkan pemain import Negeri 9, Effa, pemain Felda, Hardi Jaafar dan penjaga golnya Hamsani. Lebih malang, ianya juga melibatkan segelintir penyokong Negeri 9. 
 Kali ini kita hanya sekadar penonton. Insiden-insiden sebegini yang sebelum ini selalu sinonim dengan penyokong-penyokong Kelantan mungkin katanya telah berjangkit kepada penyokong-penyokong pasukan lain. Apapun khalayak perlu mengakui yang kita sebenarnya semakin matang dan bijak dalam menyatakan sokongan terhadap pasukan dan sukan bolasepak itu sendiri. Kita semua semakin matang dalam melayan provokasi dan emosi dalam menyatakan sokongan kita. Sekali lagi kita semua ambil iktibar dari kejadian ini.
 Pemain harus professional dalam mengendalikan emosi masing-masing. Bertindaklah secara wajar dan matang untuk mengelak dari berlakunya insiden-insiden yang tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum. Kawallah sikap ammarah dan elakkan provokasi melampau. Yang gagal bertindak demikian seharusnya tidak terlepas dari tindakan undang-undang dan tatatertib. Dan setiap tindakan diambil hendaklah diperlihatkan secara jelas dan saksama bagi menjamin keadilan benar-benar berlaku.
 Dalam salah satu aksi insiden tersebut, ada serangan dari penonton terhadap pemain. Jelas ini menunjukkan bahawa kawalan keselamatan adalah longgar dan tidak berkesan. Pihak mana yang bertanggungjawab harus mengambil berat tentang hal ini. Pengurusan masih di takuk kekampungan. Insiden-insiden sebeginilah yang akan menjejaskan reputasi liga kita yang mana ianya akan diselar oleh seluruh peminat bolasepak di dunia setelah vidoenya dimuat turun kedalam YOUTUBE.

0 comments:

Post a Comment